MODUL 2 (MASA 30 MINIT)
PENGGUNAAN GOOGLE FORMS
PENGENALAN
Google Forms adalah salah satu aplikasi yang disertakan bersama Google Drive. Google Forms adalah borang maya yang membolehkan anda mendapatkan maklumat-maklumat tertentu yang dikumpul dari responden yang telah anda tetapkan. Contohnya apabila anda berkehendakkan maklumat berkenaan dengan maklumat peribadi responden. Anda boleh membina borang menggunakan Google Forms dan disebar luaskan menggunakan peranti dan gajet terkini. Pengguna anda boleh memasukkan maklumat yang dikehendaki dan menghantar kepada anda dengan hanya menggunakan peranti telefon pintar dan tablet.
Aplikasi Google Forms berfungsi bagi memberi kelebihan kepada anda dalam mengurus data serta berinteraksi dengan pengguna anda. Beberapa perkara yang anda boleh buat menggunakan Google Forms.
- Menumpulkan maklumat pengguna.
- Membina borang undian.
- Menguruskan kehadiran.
- Mengumpulkan hasil dapatan responden kajian.
- Membina Instrumen soal selidik.
- Menghasilkan analisis dapatan data, instrumen atau soal selidik.
- Menghasilkan soalan kuiz
- Menghasilkan soalan penilaian dan pentaksiran.
Terdapat banyak lagi aplikasi yang boleh digunakan sebagai borang maya. Google Forms hanya salah satu darinya. Google Forms boleh dibina secara percuma dan berfungsi bersama komponen-komponen Google yang lain seperti Gmail, Google Adwords dan sebagainya.
OBJEKTIF
Selepas mengikuti modul ini anda boleh :
- Membina borang kutipan data menggunakan Google Forms
ISI PELAJARAN
Membina Borang Kutipan Data Menggunakan Google Forms
- Memilih template borang.
- Menamakan borang.
- Membina soalan Short Answer.
- Membina soalan Dropdown.
- Membina soalan Checkboxes.
- Memaparkan borang.
- Membina loskasi data responden.
- Memasukkan data.
- Membina pautan perkongsian.
- Memendekkan pautan perkongsian.
SUMBER SOKONGAN
Keperluan Operasi Sistem Komputer:
- Platform Windows 7 ke atas, Mac: Mountain Lion (10.8) ke atas dan Linux.
- Perisian MS Office Excel 2010 dan ke atas.
Browser:
- Chrome
- Firefox
- Windows only: Internet Explorer 11, Microsoft Edge
- Mac only: Safari
Browser lain masih boleh digunakan tetapi kemungkinan beberapa fungsi tidak dapat berfungsi dengan betul.
Rujukan :
KAEDAH/STRATEGI PENYAMPAIAN
Aktiviti / Bengkel / Tutorial teradun
Latihan
Refleksi