Template Excel Tugas Harian Fail Meja

Senarai tugas harian adalah salah satu elemen yang perlu ada dalam fail meja seorang individu yang bekerja di sektor pekerjaan.  Senarai tugas harian ini berfungsi sebagai panduan kepada kakitangan mengingati dan merancang aktiviti-aktiviti utama yang perlu dilaksanakan pada hari berkenaan.  Senarai ini seelok-eloknya diletakkan di atas meja supaya mudah dirujuk malah memudahkan kakitangan pergerakan aktiviti hariannya pada hari keesokannya.  Senarai ini juga menjadi panduan kepada kakitangan lain yang mungkin menjalankan tugas kakitangan yang bercuti atau bekursus di tempat lain.

Menurut Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 8 tahun 1991, senarai tugas harian perlu disediakan sehari sebelum hari esok, dicetak dan dipaparkan di atas meja kakitangan.  Namun setelah sekian lama, cetakan tugas harian bagi kakitangan akan menjadi semakin banyak, tebal dan sukar untuk diuruskan.  Kebanyakan kakitangan yang bertugas kebiasaannya akan mempunyai tugas yang tidak berbeza setiap hari bagi satu-satu tahun.  Oleh itu, akan berlaku pengulangan setiap hari dan apabila perlu dirujuk semula, kemungkinan rekod tersebut sukar untuk dicari.

Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, untuk menyediakan tugas harian setiap hari menjadi satu beban kecil yang menjadikan kita terlupa untuk melaksanakannya.  Ini disebabkan setiap masa yang ada di tempat kerja disibukkan dengan tugas-tugas harian hakiki dan sampingan yang menjadikan tugas kecil ini dilupai.  Apabila datang pegawai-pegawai Audit atau penguasa pemantauan, barulah bertungkus lumus melengkapkan tugas kecil senarai tugas harian ini.

Namun dengan kepesatan teknologi komputer, setiap kakitangan kerajaan perlu lebih kreatif dalam mengurangkan beban tugas yang nampak seperti kecil tetapi remeh. Menggunakan sebaikan mungkin apa yang boleh memudahkan.  Semasa berjawatan guru data sehingga kepada pegawai data, saya menggunakan satu template Excel yang dibina sendiri.  Banyak memudahkan kerana fungsi copy paste digunakan dan memudahkan untuk membuat carian tarikh.  Cetakan berlaku apabila diperlukan sahaja.  Senarai boleh dirujuk pada bila-bila masa di dalam komputer di tempat kerja.  Cuma template ini bukanlah satu sistem gah yang berkeupayaan berkongsi di dalam talian organisasi.  Terbina dari aplikasi Excel dan dimurnikan untuk membuat carian dan cetakan secara automatik menggunakan fungsi sintak formula Excel.

Kepada sesiapa yang ingin mencubanya saya dengan berbesar hatinya membenarkan anda muat turun dan menggunakannya untuk kegunaan sendiri dan kongsikannya dengan rakan rakan anda lain.  Tiada apa-apa yang saya minta, hanya doakan kebahagiaan, kesihatan ibu bapa saya dan saya sekeluarga serta kejayaan dan kekayaan kita semua di dunia dan akhirat.  Doa anda sangat beharga kepada saya dan keluarga dan juga kepada kesihatan ibu dan bapa saya.  Jutaan Terima Kasih.

Boleh muat turun menggunakan link di bawah ini.
Tugas Harian Fail Meja

Cara Penggunaan.

1 – Buka Sheet Tab Tugas Harian (I) dan masukkan tarikh pada lajur Tarikh, aktiviti atau tugas dalam lajur Tugas dan Catatan pada lajur Catatan jika ada.  Lajur Hari secara automatik memaparkan hari mengikut tarikh yang ditetapkan.

2 – Bagi tujuan cetakan atau carian, buka Sheet Tab Tugas Harian (O).  Masukkan tarikh yang dikehendaki mengikut format dd/mm/yyyy.  Hari akan keluar secara automatik dan senarai tugas harian pada tarikh tersebut dipaparkan.

3 – Cetakan adalah pada Sheet Tab Tugas Harian(O) dan guna cetak seperti prosuder Excel biasa.

4 – Sheet Tab SenaraiTugas boleh diisi jika berkaitan.  Bertujuan untuk merekod dan mengingatkan tugas-tugas sedia ada dan penambahan tugas pada tahun tersebut.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s