Mengenali table

Pengenalan2Pangkalan data terdiri dari kumpulan beberapa table yang terintegrasi dan saling berhubungan antara satu sama lain bertujuan menyimpan data.  Table pada dasarnya merupakan kumpulan dari beberapa rekod dan medan.  Dalam setiap table setiap baris memaparkan satu rekod yang dipaparkan dalam setiap lajur.  Table adalah penting sebagai sumber analisis data yang akan digunakan oleh objek-objek lain perisian pangkalan data Access seperti Query, Report dan Forms.  Berikut adalah penerangan berkaitan table.

header M2Microsoft Access akan secara automatik menyediakan satu table kosong yang dinamakan Table 1 dengan medan(lajur) ID yang telah ditetapkan jenis AutoNumber dan sebagai Primary Key.  Anda boleh mengubahnya pada bila-bila masa.  Secara default MS Access akan memaparkan paparan Datasheet View.

Rajah di bawah menerangkan tentang dua jenis paparan dalam table.  Penerangan adalah berdasarkan nombor-nombor yang telah dilabelkan dalam rajah.

Paparan Datasheet View

M2.1 1

Paparan DataSheet View

  1. Di dalam Menu Bar Home, klik ikon pada perkataan View.
  2. Pilih ikon Datasheet View untuk paparan kemasukan data.  Paparan ini berfungsi untuk memasukkan rekod atau data baru dan mengemaskini data.
  3. Ruangan kemasukkan rekod.  Medan dan jenis data juga boleh dikemaskini dalam paparan ini.

    M2.1 2
    Tambah Lajur (medan / field)

     

  4. Untuk menambah medan (lajur), klik pada tab Click to Add dan,
  5. Pilih jenis data (Data Type).  Contoh untuk medan NAMA gunakan jenis data Text.
  6. Secara default medan baru dinamakan Field1.  Namakan dengan nama yang sesuai untuk medan tersebut.  Contoh di sini menggunakan NAMA sebagai nama medan baru ini.
  7. Seterusnya anda boleh memasukkan rekod pertama pada baris pertama di bawah medan NAMA.  Medan ID akan dijana secara automatik.

 

Paparan Design View

M2.1 3Paparan Design View

  1. Pada Menu Bar, pilih Design View.  Paparan ini berfungsi untuk menetapkan tetapan sifat, nama dan kriteria medan (field).  Pada paparan ini juga membolehkan anda menambah dan memadam medan.
  2. Apabila anda memilih Design View, kotak dialog Save as dipaparkan bagi memberitahu anda untuk menyimpan Table1 dengan nama yang sesuai.  Setelah anda menukar nama baru, klik OK.
  3. Seterusnya paparan design view dipaparkan dengan lajur Field Name, Data type dan Description.Field Name – Menetapkan nama bagi setiap medan / lajur.Data type – Menetapkan jenis data yang akan dimasukkan seperti contoh NAMA = Text, Tarikh = Date/Time.Description – Penerangan yang sesuai untuk menjelaskan medan yang dibina.  Walau bagaimana pun, bahagian ini tidak menjadi kewajiban untuk diisi.

    Jadual di bawah ini menunjukkan contoh-contoh Data type yang sesuai sebagai rujukan anda.

    Jika anda memasukkan : Tetapkan medan dengan jenis data :
    Huzaimi Alias Text
    http://huzaimialias.com atau

    http://www.huzaimialias.com

    Hyperlink
    1 Number, Long Integer
    50,000 Number, Long Integer
    50,000.99 Number, Double
    50000.389 Number, Double
    12/67

    Format tarikh dan masa adalah berdasarkan penetapan komputer anda dalam Regional Setting.

    Date/Time
    December 31, 2016 Date/Time
    10:50:23 Date/Time
    10:50 am Date/Time
    17:50 Date/Time
    $12.50

    Simbol currency adalah penetapan dari komputer anda sendiri di dalam Regional Setting.

    Currency
    21.75 Number, Double
    123.00% Number, Double
    3.46E+03 Number, Double
  4. Bahagian Property sheet adalah untuk membuat penetapan tentang sifat atau ciri-ciri table seperti saiz lajur, orientasi tulisan dan sebagainya.
  5. Bahagian Property field pula adalah untuk membuat penetapan sifat atau ciri-ciri dan kriteria bagi data atau setiap medan yang dibina seperti bilangan aksara yang dibenarkan, format data dan sebagainya.M2.1 4Paparan pemilihan Data type
  6. Taipkan nama medan yang sesuai.
  7. Klik pada lajur Data type dan pilh jenis data yang sesuai dengan sifat medan tersebut.
  8. Butang Primary key bagi menetapkan medan yang tidak boleh mempunyai data berulang (unik). Contohnya adalah Nombor kad pengenalan dan nombor Passpot.  Medan bagi data yang telah ditetapkan dengan Primary key tidak boleh berulang.  Contohnya nombor kad pengenalan hanya mewakili seseorang sahaja dan tidak boleh ada dua atau lebih dalam medan nombor kad pengenalan.Cara untuk menetapkan Primary key ialah, pilih baris medan yang hendak dijadikan unik.  kemudian klik ikon Primary Key pada menu bar.

 

Maksud table, Medan (field) dan rekod (record)

M2.1 0

Paparan table di dalam Pangkalan Data MS Access

Paparan table di atas menunjukkan medan yang merupakan atribut bagi setiap rekod.  Medan ditunjukkan dalam bentuk lajur (column).  Nilai medan pula adalah kandungan medan tersebut dalam satu rekod.  Contoh nilai medan adalah seperti di paparan table di atas.  Contoh nilai medan di tandakan dengan warna hitam “WYZ2065“.

Rekod pula adalah kandungan data di dalam satu table.  Rekod ditunjukkan oleh table dalam bentuk baris.  Satu baris mengandungi satu rekod dan mengandungi satu atau lebih medan.

Tiada penghadan dalam mengira jumlah rekod yang dimasukkan, namun saiz 2 GB adalah maksimum kapasiti yang dibenarkan di dalam Microsoft Access 2010.  Walau bagaimana pun, ini tidak bermaksud kemasukan data adalah bergantung kepada saiz.  Ini adalah kerana pengguna boleh mengasing atau menambah satu lagi pangakalan data yang boleh dihubungkan antara satu sama lain.

Video Tutorial Mengenal dan Menyelenggara Table

 

Rujukan M2

https://support.office.com/en-us/article/Access-2010-specifications-1e521481-7f9a-46f7-8ed9-ea9dff1fa854