MODUL 1 (MASA 20 MINIT)
PERSEDIAAN SISTEM
PENGENALAN
Sistem UNP Pergerakan memerlukan data asas dari sistem KPM atas talian. Sumber data dari Sistem Pengurusan Sekolah-Modul Pengurusan Guru (e-Operasi) digunakan. Data adalah dalam bentuk teks yang boleh dimuat turun dari e_Operasi. Data dalam bentuk teks tidak dapat diproses dan dianalisis kerana sifatnya yang bukan seperti pangkalan data. Oleh itu sistem UNP Pergerakan digunakan untuk menukarkan bentuk data teks kepada data berbentuk pangkalan data serta persediaan gambar calon cadangan dalam format saiz passport.
OBJEKTIF
Selepas mengikuti modul ini anda boleh :
- Membina folder DataSepadu dan folder AmbilGambarUNP.
- Memasukkan fail-fail output e-Operasi ke dalam folder DataSepadu.
- Menentukan format gambar passport kepada .Jpg.
- Memasukkan gambar passport calon ke dalam folder AmbilGambarUNP.
- Manual Sistem eUnp 2020
SUMBER SOKONGAN
Keperluan Sistem :
- Platform Windows XP dan ke atas
- Perisian MS Office Access 2010
- Minimum processor Pentium 233-megahertz (MHz) atau yang lebih laju (Dicadangkan 300 MHz)
- Sekurang-kurangnya 64 MB RAM (Dicadangkan 128 MB)
- Sekurang-kurangnya 1.5 GB saiz cakera keras yang masih boleh digunakan.
- CD-ROM atau DVD-ROM drive.
KAEDAH/STRATEGI PENYAMPAIAN
Aktiviti / Bengkel / Tutorial teradun
Latihan
Refleksi
Membina folder DataSepadu dan folder AmbilGambarUNP.
Buka drive C komputer anda kemudian, paparan drive C dipaparkan.
1 – klik pada butang NEW FOLDER.
2– tukar nama fail New Folder kepada DataSepadu
LATIHAN : Tambah satu lagi folder di dalam Drive C dan namakan folder tersebut dengan nama AmbilGambarUNP.
Memasukkan fail-fail output e-Operasi ke dalam folder DataSepadu.
Pastikan anda telah sedia ada fail teks data sepadu daripada sistem e_Operasi iaitu,
- sepadu_maklumat_guru,
- sepadu_maklumat_pasangan_guru, dan
- sepadu_maklumat_sejarah_perkhidmatan.
Salin(Copy) ketiga-tiga fail tersebut dan tampal (paste) di dalam folder DataSepadu di dalam Drive C yang telah dibina pada pembelajaran sebelum ini.
Menentukan format gambar passport kepada .Jpg.
Setelah selesai memasukkan ketiga-tiga fail teks, sediakan gambar calon yang telah di scan dan namakan setiap fail gambar dengan nombor kad pengenalan calon tanpa ada sengkang. Contohnya: 781217101234
Sebelum memasukkan gambar ke dalam folder AmbilGambarUNP, pastikan jenis format fail gambar adalah “.Jpg”. Untuk memastikan jenis format fail gambar tersebut klik kanan pada gambar dan pilih properties.
Jika pada atribut Type of file bukan JPEG File (.Jpg) maka proses tukar format fail perlu dilakukan menggunakan aplikasi Paint yang kebiasaanya tersedia ada dalam pakej Windows.
p/s: kesilapan menetapkan jenis fomat fail gambar akan menyebabkan gambar tidak dapat dipaparkan di dalam sistem.
Untuk memulakan proses menukar jenis format fail gambar,
1 – klik kanan dengan kursor di atas gambar dan gerakkan tetikus ke Open with, dan klik Paint.
2 – Setelah aplikasi paint terpapar klik menu utama pada bahagian sebelah kanan atas
3 – Gerakkan kursor ke Save as dan klik JPEG Picture.
4 – Pilih lokasi Local Disk (C:) folder AmbilGambarUNP dan pilih Save as type : JPEG, dan klik butang Save.
LATIHAN : Masukkan gambar passport calon ke dalam folder AmbilGambarUNP.
- Tambah satu lagi gambar calon dengan format JPEG dalam folder AmbilGambarUNP.
- Gunakan nombor kad pengenalan 751234567890
Pautan untuk memuat turun Manual Sistem eUnp 2020 [KLIK DI SINI]
Untuk memudahkan anda memahami dengan lebih jelas boleh rujuk pada video tutorial di bawah.
VIDEO TUTORIAL:
– Modul 1 tamat –