Pengenalan Penggunaan Google Drive

MODUL 1 (MASA 45 MINIT)

PENGGUNAAN GOOGLE DRIVE

PENGENALAN

Jika anda pernah mendengar ruang simpan cloud pasti anda mengetahui banyak maklumat tentang Google Drive.  Salah satu aplikasi cloud yang difungsikan bersama Google bagi ruangan simpanan data dan maklumat anda di dunia maya.  Ruang simpan anda berfungsi dengan Drive, Gmail dan Google Foto.  Dengan ruang simpan percuma 15gb yang diberikan, anda boleh menyimpan fail, lampiran e-mel dan foto sandaran terus ke Drive. Jika anda inginkan ruang simpan yang lebih besar, anda boleh membeli pelan ruang simpanan yang anda perlukan.

Aplikasi Google Drive berfungsi bagi memberi kelebihan kepada anda membuat capaian dan kemaskini dokumen dan data pada bila-bila masa dan pelbagai peranti.  Beberapa aplikasi yang boleh digunakan di dalam Google Drive iaitu,

  1. Google Docs
  2. Google Sheets
  3. Google Slides
  4. Google FormS
  5. Google Drawings
  6. Google My Maps
  7. Google Sites

Semua aplikasi ini boleh anda gunakan bagi melicinkan tugas-tugas pengendalian data terutama kepada pengendali data yang menguruskan data organisasi besar seperti Kementerian Pendidikan Malaysia.  Pengumpulan data lebih berstruktur, maklumat cepat dikongsi dan penyampaian serta capaian yang fleksibel  dari segi masa dan tempat.

OBJEKTIF

Selepas mengikuti modul ini anda boleh :

  1. Membuka Google Drive.
  2. Membina dokumen di dalam Google Drive.
  3. Memuat naik dan turun fail.
  4. Emel Bahan Google Drive

 

ISI PELAJARAN

Membuka Google Drive

  • mencipta dan mengemaskini akaun Google Drive.

Membina Dokumen Di dalam Google Drive

  • Membina folder.
  • Membina Google Docs
  • Membina Google Sheets
  • Membina Google Slides

Memuat Turun dan naik Fail

  • Memuat naik fail dari peranti ke Google Drive.
  • Memuat turun fail dari Google Drive ke peranti.

Emel Bahan Google Drive

  • Menjadikan fail Google Drive sebagai lampiran emel.
  • Berkongsi fail Google Drive kepada pengguna lain.

 

SUMBER SOKONGAN

Keperluan Operasi Sistem Komputer:

  • Platform Windows 7 ke atas, Mac: Mountain Lion (10.8) ke atas dan Linux.
  • Perisian MS Office Excel 2010 dan ke atas.

Browser:

  • Chrome
  • Firefox
  • Windows only: Internet Explorer 11, Microsoft Edge
  • Mac only: Safari

Browser lain masih boleh digunakan tetapi kemungkinan beberapa fungsi tidak dapat berfungsi dengan betul.

Rujukan  :

 

KAEDAH/STRATEGI PENYAMPAIAN

Aktiviti / Bengkel / Tutorial teradun

Latihan

Refleksi

Advertisement