Merupakan pelajar Pasca-siswazah tajaan Hadiah Latihan Persekutuan yang sedang melaksanakan penyelidikan berkaitan pengurusan sistem maklumat pendidikan. Kajian bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan individu pengurus yang mengurus sistem maklumat bagi menghasilkan output maklumat yang lebih tepat dan jitu. Penyelidikan menjurus kepada organisasi-organisasi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Penyelidik berpengalaman selama lebih 10 tahun dalam menguruskan data diperingkat sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri. Pernah menjadi guru data sekolah di Sekolah Menengah di Ipoh dengan menguruskan seramai hampir 100 orang guru dan lebih kurang 1,000 pelajar sejak 2007 hingga 2012. Kemudian penyelidik diberikan tanggung jawab yang lebih besar lagi dalam menguruskan data lebih kurang 40,000 guru-guru negeri Perak, pegawai-pegawai PPD dan JPN.
Selama menguruskan data, penyelidik juga telah menyumbang beberapa sistem pengurusan data sama ada di peringkat sekolah dan juga di peringkat negeri. Sistem-sistem yang menggunakan platform MS Access dan juga MS Excel seperti sistem pengurusan pendaftaran pelajar tingkatan 1, sistem pengurusan sukan, sistem log masuk makmal komputer, sistem Q-Tukar bagi menguruskan pertukaran guru antara daerah, sistem UNP Pergerakan bagi menguruskan pergerakan dan pertukaran bahagian hadapan JPN dan sistem pengurusan tingkatan enam negeri.
Penyelidik merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi pada tahun 2000 di Universiti Teknologi Malaysia. Mula berkhidmat sebagai seorang guru pada tahun 2002 dengan penempatan pertama di sebuah sekolah menengah di Batu Niah, Miri, Sarawak. Sedang menyambung pendidikan di bidang Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Sumber dan Teknologi Maklumat. Alhamdulillah pernah memengangi pingat emas dalam pembentangan poster penyelidikan pada Hari Inovasi Fakulti Pendidikan, UKM pada tahun 2016.
Nama : Mohammed Huzaimi Bin Alias
Tempat : Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
Email : huzaimiealias@gmail.com