Jika menggunakan MS Word kebiasaannya apabila anda copy paste teks dari mana-mana sumber font yang di salin kadang-kadang tidak menepati dengan format yang kita kehendaki. Contohnya HURUF BESAR ditukar kepada Huruf Besar anda boleh gunakan Toolbar Change Case yang ada pada bar atau menu MS Word. Tetapi fungsi ini tidak terdapat di dalam MS Excel, kecuali jika anda install plug in dari 3rd party.
Oleh itu di sini, akan dikongsikan cara bagaimana fungsi Change Case tersebut digunakan di dalam MS Excel.
Caranya,
Seperti contoh di bawah, sintak arahan PROPER boleh digunakan untuk menukarkan HURUF BESAR kepada Huruf Besar yang mengarahkan huruf besar hanya pada permulaan perkataan.
- Pertama, tambah lajur tambahan di sebelah lajur perkataan yang hendak ditukar. Contoh di bawah anda tambahkan lajur B yang bersebelahan dengan Customer Name. Bermaksud format teks lajur Customer Name hendak ditukarkan.
Di dalam sel B2, taip =PROPER(A2), kemudian tekan Enter.
Formula ini menukarkan nama di dalam sel A2 daripada Uppercase kepada proper case. Selain itu anda boleh tukarkan format teks tersebut kepada format lain seperti:=LOWER(A2) untuk tukar semua teks di dalam sel A2 kepada huruf kecil.
=UPPER(A2) untuk tukar semua teks di dalam sel A2 kepada huruf besar. - Sekarang, isi semua sel dalam lajur B dengan formula tadi. Cara paling pantas adalah dengan pilih sel B2, dan dwi klik kotak kecil hitam pada bucu bawah.
- Setelah lajur B diisi, anda pilih (Highlight) semua sel lajur (B) yang telah ditukar, tekan CTRL+C untuk copy dalam Clipboard.
Klik kanan pada sel A2, pilih Paste Special…, dan tick Values. Langkah ini membolehkan anda paste perkataan sahaja tanpa formula ikut serta.
-
Setelah selesai anda boleh padam lajur (B) jika anda tidak memerlukannya.
Selesai… Jika post ini memberi manfaat kepada anda sila sharekan kepada rakan-rakan anda. Terima kasih.