Mengisi Dan Mengemaskini Cadangan Rangkaian

MODUL 2 (MASA 20 MINIT)

MENGISI DAN MENGEMASKINI CADANGAN RANGKAIAN

PENGENALAN

Sistem UNP Pergerakan memudahkan proses cadangan pengisian kekosongan jawatan yang merupakan salah satu KPI bagi Unit Naik Pangkat JPN Perak.  Oleh itu, setiap laporan cadangan yang dibuat di peringkat PPD perlu dibentangkan di dalam mesyuarat barisan hadapan jabatan.  Di dalam modul kedua ini akan diterangkan langkah demi langkah dalam membina cadangan calon yang akan mengisi rangkaian kekosongan sehingga mencetak laporan  mengikut format yang seragam.

OBJEKTIF

Selepas mengikuti modul ini anda boleh :

  1. Menambah cadangan pengisian berdasarkan nombor kad pengenalan.
  2. Mengemaskini dan mencetak profil calon cadangan.
  3. Membina dan menggunakan fail output (back up) bagi rangkaian cadangan.
  4. Memadam data rangkaian cadangan dan fail data e-Operasi.
  5. Menetapkan pegawai penyedia, penyemak dan pengesah.

 

SUMBER SOKONGAN

Keperluan Sistem :

  • Platform Windows XP dan ke atas
  • Perisian MS Office Access 2010
  • Minimum processor Pentium 233-megahertz (MHz) atau yang lebih laju (Dicadangkan 300 MHz)
  • Sekurang-kurangnya 64 MB RAM (Dicadangkan 128 MB)
  • Sekurang-kurangnya 1.5 GB saiz cakera keras yang masih boleh digunakan.
  • CD-ROM atau DVD-ROM drive.

 

KAEDAH/STRATEGI PENYAMPAIAN

Aktiviti / Bengkel / Tutorial teradun

Latihan

Refleksi


 

MENAMBAH CADANGAN PENGISIAN BERDASARKAN NOMBOR KAD PENGENALAN.

Buka sistem pergerakan UNP yang terdapat di dalam komputer anda.  Lihat pada menu dalam paparan utama, Klik pada menu KEMASKINI RANGKAIAN.

 

 

1 – Masukkan nombor kad pengenalan calon yang dicadangkan mengisi kekosongan di level atasnya.

– Pilih daripada senarai jenis pergerakan sama ada PERGERAKAN SETARA, PEMANGKUAN atau PENEMPATAN BAHARU.

3 – Klik butang PERGERAKAN 1 untuk menarik masuk data calon cadangan tersebut dari fail e-Operasi.  sistem akan memaparkan maklumat calon jika rekod calon terdapat di dalam e-Operasi.  Jika tiada langkah memasukkan data secara manual perlu dilakukan.

Tidak perlu masukkan PERAKUAN 1/2/3/4 dan CATATAN dan TARIKH CADANGAN kerana perkara tersebut akan diisi semasa Mesyuarat Panel pengarah.

 

3.1


MENGEMASKINI DAN MENCETAK PROFIL CALON CADANGAN.

Pengguna boleh melihat profil calon dengan double klik pada nombor kad pengenalan calon bagi tujuan kemaskini maklumat calon Lampiran A seperti masukkan gambar, Pengalaman bertugas, Penglibatan Profesional, Maklumat Sekolah cadangan, Maklumat 3 tahun LNPT Terkini, Tatatertib, Ulasan PPD dan Perakuan PPD.

Kemaskini maklumat calon juga boleh dilakukan dengan double klik pada Maklumat Calon di MENU UTAMA

Jika calon cadangan atau penyandang kekosongan tiada di dalam E_Operasi, contohnya calon dari luar Perak, maklumat boleh diisi secara manual dengan double klik pada TAMBAH REKOD MANUAL di MENU UTAMA.

Butang RESET adalah bertujuan untuk padamkan satu-satu cadangan bagi isian cadangan semula.

3.2

 

3.3

 

3.3.1


LATIHAN :  Tambah satu cadangan kekosongan dalam rangkaian cadangan sedia ada berdasarkan maklumat berikut;

  1. Kemaskini jenis rangkaian sedia ada iaitu B1-1 kepada B1-2
  2. Calon dengan nombor kad pengenalan 751234567890

 

MEMBINA DAN MENGGUNAKAN DATA FAIL OUTPUT (Backup) BAGI RANGKAIAN CADANGAN.

3.5

 

3.5.1


MEMADAM DATA RANGKAIAN CADANGAN DAN FAIL DATA E-OPERASI.

Padam Rangkaian

  • Double Klik Hapus Rangkaian dari MENU UTAMA. Tick sama ada Padam 1 rangkaian atau padam semua. Jika pilihan adalah satu rangkaian, masukkan nombor kad pengenalan penyandang yang kosong.

3.6

 

3.6.1


MENETAPKAN PEGAWAI  PENYEDIA, PENYEMAK DAN PENGESAH

3.4

Membuat carian rekod berdasarkan data e-Operasi

unp29

 

 

 


Untuk memudahkan anda memahami dengan lebih jelas boleh rujuk pada video tutorial di bawah.

VIDEO TUTORIAL:


– Modul 3 tamat, Selamat Mencuba –

Advertisement