Pengenalan Penggunaan Formula Excel

MODUL 2 (MASA 45 MINIT)

ANALISIS DATA MENGGUNAKAN FORMULA EXCEL

PENGENALAN

Microsoft Excel adalah aplikasi hamparan data yang digunakan untuk memproses data secara automatik  berbentuk pengiraan asas, formula, penggunaan fungsi, pemprosesan data dan jadual, grafik dan pengurusan data.  Excel banyak membantu dalam memudahkan pengguna dalam pengiraan, penyaringan data, manipulasi data, kecekapan aliran kerja yang sistematik, dan banyak lagi.  Excel juga boleh digunakan untuk melengkapkan pelbagai kehendak pentadbiran, dari sekecil-kecil pengiraan sehingga kepada pembangunan sistem yang kompleks.

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh diselesaikan dengan Excel.
1.  Laporan data kewangan, statistik dan berkaitan nombor.
2.  Pelunjuran sesuatu data bagi satu tempoh masa seperti pencapaian.
3.  Pembinaan jadual kerja.
4.  Pengiraan kunci kira-kira dan jadual.
5.  Carta dan diagram yang mewakili data.
6.  Pengiraan faedah, bayaran ansuran dan tempoh pinjaman dan pelaburan.
7.  Pemprosesan statistik kajian seperti perisian statistik.
8.  Pangkalan data
9.  Membangun aturcara VBA dan Userform (Borang)
10.  Sistem yang lebih kompleks.

Terdapat pelbagai fungsi yang boleh dilakukan oleh Excel.  Hanya kreativiti pengguna yang mengolah mengikut keperluan.

OBJEKTIF

Selepas mengikuti modul ini anda boleh :

  1. Menaip sintak formula secara manual.
  2. Menaip sintak formula menggunakan Insert Function.
  3. Menggunakan sintak formula yang berkaitan pengendalian data.

 

ISI PELAJARAN

Menaip Sintak Formula Secara Manual

  • Cara menaip sintak formula secara manual.

Menaip Sintak Formula Menggunakan Insert Function.

  • Cara menaip Sintak Formula Menggunakan Insert Function.

Menggunakan Sintak Formula yang Berkaitan Pengendalian Data.

  • Cara menggunakan Sintak Formula yang Berkaitan Pengendalian Data.

SUMBER SOKONGAN

Keperluan Sistem :

  • Platform Windows XP dan ke atas
  • Perisian MS Office Excel 2010 dan ke atas.
  • Minimum processor Pentium 233-megahertz (MHz) atau yang lebih laju (Dicadangkan 300 MHz)
  • Sekurang-kurangnya 64 MB RAM (Dicadangkan 128 MB)
  • Sekurang-kurangnya 1.5 GB saiz cakera keras yang masih boleh digunakan.
  • CD-ROM atau DVD-ROM drive.

Rujukan  :

 

KAEDAH/STRATEGI PENYAMPAIAN

Aktiviti / Bengkel / Tutorial teradun

Latihan

Refleksi