Pengenalan Import Data

MODUL 1 (MASA 30 MINIT)

IMPORT DATA DARI SUMBER ATAS TALIAN

PENGENALAN

Data dari atas talian boleh diperoleh dari sistem-sistem yang telah digunakan di semua peringkat.  Pada modul ini sumber data dari Sistem Pengurusan Sekolah-Modul Pengurusan Guru (SPS-PG) digunakan.  Data adalah dalam bentuk teks yang boleh dimuat turun dari SPS-PG.  Data dalam bentuk teks tidak dapat diproses dan dianalisis kerana sifatnya yang bukan seperti pangkalan data.  Oleh itu perisian MS Acces akan digunakan untuk menukarkan bentuk data teks kepada data berbentuk pangkalan data.

OBJEKTIF

Selepas mengikuti modul ini anda boleh :

  1. Import data dari fail teks.
  2. Import data dari fail Microsoft Excel.
  3. Import data dari fail Microsoft Access.

 

ISI PELAJARAN

Import data dari fail teks

  • Mengenal pasti lokasi fail teks data.
  • Pengenalan fungsi-fungsi ringkas yang berkaitan dengan import fail teks.
  • Langkah demi langkah import data.
  • Mengemakini sifat (properties) setiap medan.

Import data dari fail Excel

  • Mengenal pasti lokasi fail Excel data.
  • Pengenalan fungsi-fungsi ringkas yang berkaitan dengan import fail Excel.
  • Langkah demi langkah import data.
  • Mengemakini sifat (properties) setiap medan.

Import data dari fail Access

  • Mengenal pasti lokasi fail Access data.
  • Pengenalan fungsi-fungsi ringkas yang berkaitan dengan import fail Access.
  • Langkah demi langkah import data.
  • Mengemakini sifat (properties) setiap medan.

 

SUMBER SOKONGAN

Keperluan Sistem :

  • Platform Windows XP dan ke atas
  • Perisian MS Office Access 2010
  • Minimum processor Pentium 233-megahertz (MHz) atau yang lebih laju (Dicadangkan 300 MHz)
  • Sekurang-kurangnya 64 MB RAM (Dicadangkan 128 MB)
  • Sekurang-kurangnya 1.5 GB saiz cakera keras yang masih boleh digunakan.
  • CD-ROM atau DVD-ROM drive.

Rujukan  :

 

KAEDAH/STRATEGI PENYAMPAIAN

Aktiviti / Bengkel / Tutorial teradun

Latihan

Refleksi