Pengenalan Fungsi Table

MODUL 2 (MASA 30 MINIT)

MENGENALI DAN MENGEMASKINI TABLES

PENGENALAN

Microsoft Access merupakan perisian sistem pangkalan data yang beroperasi berasaskan objek yang saling berkaitan anatara satu sama lain (relational database). Objek-objek pangaklan data (object database) seperti table, query, form, report, macro dan module adalah antara objek-objek yang terdapat di dalam Ms Access dan kesemuanya disimpan di dalam satu fail data (.mdb).  Table digunakan bagi menyimpan maklumat atau data bagi sesebuah sistem pangkalan data.  Seseorang pengguna boleh memapar, meminda atau memasukkan data menerusi penggunaan Table.

OBJEKTIF

Selepas mengikuti modul ini anda boleh :

  1. Mengenali table.
  2. Menyelenggara Tables.

 

ISI PELAJARAN

Mengenali table

  • Mengenal pasti dua jenis paparan.
  • Mengenali fungsi ringkas paparan table.
  • Membezakan antara rekod, medan dan nilai medan.
  • Mengenali jenis data (data type) dan sifat table (tables properties)

Menyelenggara Tables

  • Mengemakini sifat (properties) setiap medan.
  • Menambah dan memadam medan (Column).
  • Membina Table baru.
  • Menetapkan Primary Key

 

SUMBER SOKONGAN

Keperluan Sistem :

  • Platform Windows XP dan ke atas
  • Perisian MS Office Access 2010
  • Minimum processor Pentium 233-megahertz (MHz) atau yang lebih laju (Dicadangkan 300 MHz)
  • Sekurang-kurangnya 64 MB RAM (Dicadangkan 128 MB)
  • Sekurang-kurangnya 1.5 GB saiz cakera keras yang masih boleh digunakan.
  • CD-ROM atau DVD-ROM drive.

Rujukan  :

 

KAEDAH/STRATEGI PENYAMPAIAN

Aktiviti / Bengkel / Tutorial teradun

Latihan

Refleksi

Advertisement