eMped

Creative Commons License
eMped by Huzaimi Alias is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.

eMped adalah modul yang dibangunkan untuk menjadi satu medium latihan maya pengurusan data bagi semua pengendali data sistem atas talian yang boleh dilaksanakan secara berterusan dan interaktif. Untuk mencapai matlamat eMped, objektif yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut;

  1. Mendedahkan kemahiran menganalisis data dari data mentah yang diperoleh dari ouput sistem e_Operasi sehingga kepada penjanaan laporan.
  2. Mendedahkan kemahiran mengesan ralat data menggunakan query Microsoft Access dan kod atur cara mudah Microsoft Excel.
  3. Mendedahkan kemahiran mengumpul data melalui penggunaan aplikasi Google Drive.

Kandungan dalam eMped ini mengambil kira beberapa teori yang bersesuaian dengan sasaran yang merupakan golongan dewasa dan mempunyai kekangan terhadap masa. Teori pembelajaran dewasa dan teori minimalis dierapkan dalam eMped supaya pembelajaran mudah diterima oleh sasaran.  Dibawah merupakan topik dan hasil pembelajaran yang akan diperolehi setelah selesai mengunakan modul eMped.

HASIL PEMBELAJARAN


Topik 1 :  Pangkalan Data Microsoft Access

Modul 1 : Import data dari sumber data atas talian

i.     Import dari fail teks
ii.     Import dari Excel
iii.      Import dari Access

Modul 2: Pembinaan Table

i..     Mengenali table
ii.     Mengendalikan rekod

Modul 3: Pembinaan Query

i.     Membina query
ii.     Menganalisa Data
iii.     Mengesan ralat.

Modul 4: Pembinaan Forms dan Laporan

i.     Menjana form menggunakan wizard.
ii.     Menjana form secara manual.
iii.     Menguruskan form.
iv.     Pembinaan jadual menggunakan report.
v.     Pembinaan carta menggunakan report.
vi.     Membina laporan format KPM.


Topik 2 : Pangkalan Data Excel

Modul 1: Analisis Data Menggunakan Query Excel (Pivot Table)

i.  Membina Pivot Table.
ii.  Membuat analisis menggunakan Pivot Table.

Modul 2 : Analisis Data Menggunakan Sintak Formula Excel

i.  Menaip sintak formula secara manual.
ii.  Menaip sintak formula menggunakan Insert Function.
iii.  Menggunakan sintak formula yang berkaitan pengendalian data.

Topik 3 : Aplikasi Google Drive

Modul 1:  Penggunaan Google Drive

i.  Membuka Google Drive.
ii.  Membina dokumen di dalam Google Drive.
iii.  Memuat naik dan turun fail.
iv.  Emel Bahan Google Drive.

MODUL 2:  Penggunaan Google Forms

i.  Membina borang kutipan data menggunakan Google Forms.