MODUL APLIKASI GOOGLE DRIVE
(MASA 1 JAM 15 MINIT)
PENGENALAN
Kebanyakan Individu yang mengendalikan data, tidak kira data pelajar, sekolah atau pun guru, memerlukan maklumat daripada individu lain bagi mengemaskini maklumat terkini seperti, tarikh kenaikan pangkat, sejarah perkhidmatan, gred jawatan dan sebagainya yang perlu dikumpulkan dari masa ke semasa. Oleh itu beberapa pilihan boleh dilaksanakan dalam mengumpul data tersebut iaitu, melalui kaedah bertemu atau kaedah atas talian.
Kaedah bertemu kebiasaannya terikat dengan kekangan masa individu yang mengumpul dan individu yang memberi maklumat serta kebarangkalian yang tinggi maklumat tersebut lewat diperoleh atau tidak diterima lansung. Bagi menyelesaikan kedua-dua masalah tersebut, kaedah atas talian boleh digunakan. Namun kaedah atas talian mempunyai beberapa kelebihan dan juga kelemahan iaitu kelebihan dari segi penjimatan masa, kos dan lebih mudah untuk ditadbir. Kelemahannya pula adalah penerimaan maklum balas yang diterima, kebolehpercayaan, dan tidak dapat memberi penjelasan tentang item-item yang keliru.
Banyak aplikasi atas talian dan web yang menyediakan perkhidamatan membina borang atas talian yang boleh diselaraskan menjadi instrumen pengumpulan data. Antaranya adalah Surveymonkey.com, formdesk.com, SmartSurvey, freeonlinesurveys, surveyplanet.com, Google Forms dan banyak lagi.
Antara yang mudah dan ingin dikongsikan di sini adalah penggunaan Google Forms sebagai platform pengumpulan data. Ianya mudah disenggarakan dan data-data boleh terus disimpan di dalam pangakalan data Google Sheet. Selain itu Google Forms juga memaparkan terus hasil analisis dalam bentuk carta pai dan bar. Berikut adalah tutorial mengenai pembinaan soal selidik menggunakan Google Forms.
ISI PELAJARAN
MODUL 1: Penggunaan Google Drive
Masa : 45 Minit
Objektif :
- Membuka Google Drive.
- Membina dokumen di dalam Google Drive.
- Memuat naik dan turun fail.
- Emel Bahan Google Drive
MODUL 2: Penggunaan Google Forms
Masa : 30 Minit
Objektif :
- Membina borang kutipan data menggunakan Google Forms
SUMBER SOKONGAN
Keperluan Sistem :
Versi terkini Google Drive, Docs, Sheets, Slides, and Forms boleh digunakan dan sesuai bagi sistem pengoperasian (OS) dan pelayar (browser) berikut,
Pelayar
- Chrome
- Firefox
- Windows only: Internet Explorer, Microsoft Edge
- Mac only: Safari
Pelayar lain boleh digunakan, tetapi kemungkinan beberapa fungsi tertentu tidak dapat berfungsi dengan baik.
Note: Google Drive tidak berfungsi pada Chrome 23, Firefox 23, IE9, Safari 6, atau versi pelayar lama. Versi terkini perlu di perbaharui terlebih dahulu.
Sistem Pengoperasian Komputer
- Windows: Windows 7 and up (see which version of Windows you’re using)
- Mac: Lion (10.7) and up (see which version you’re using)
- Linux: Google Drive isn’t currently available using the Linux operating system. You can use Google Drive on the web atdrive.google.com
Sistem Pengoperasian Telefon Pintar
Android
Bagi memuat turun aplikasi Google Drive, Docs, Sheets, and Slides, Android versi 4.4 atau terbaru perlu digunakan.
Cara memastikan versi Android yang digunakan.
Di dalam perkakasan Android, tap Settings
About phone.
- Di bawah “Android Version,” versi Android perkakasan boleh dikenal pasti.
Iphone dan Ipad
Bagi memuat turun aplikasi Google Drive, Docs, Sheets, and Slides, iOS 9.0 atau terbaru perlu digunakan.
Cara memastikan versi iOS yang digunakan.
Di dalam perkakasan Android, tap Settings
About phone.
- Di dalam iPhone atau iPad, buka Settings.
- Tap General
About.
- Next to “Version,”versi iOS perkakasan boleh dikenal pasti.
Rujukan :
https://support.google.com/drive/answer/2375082co=GENIE.Platform%3DDesktop&hl=en