Pengenalan Penggunaan Pivot Table

MODUL 1 (MASA 30 MINIT)

MEMBINA PIVOT TABLE EXCEL

PENGENALAN

Di zaman perkembangan teknologi maklumat, semua keputusan perlu dicapai dengan cepat dan tepat.  Keupayaan manusia adalah lebih dari itu.  Namun keupayaan tersebut kemungkinan dapat ditingkatkan lagi dengan sesuatu yang membantu.  Kemahiran menganalisis data dengan cepat boleh membantu anda membuat sesuatu keputusan yang lebih baik. Terutama apabila melibatkan saiz data yang lebih besar.

Pivot Table adalah salah satu alat yang berguna untuk menganalisis, mengkategori, meneroka, dan memaparkan data.  Pivot Table boleh dibuat dengan hanya beberapa minit.  Pivot Table sangat fleksibel dan boleh disesuaikan dengan cepat, mengikut keperluan pengguna bagi memaparkan hasil yang dikehendaki. Anda juga boleh membuat Pivot Chart berdasarkan Pivot Table yang akan dikemas kini secara automatik.

OBJEKTIF

Selepas mengikuti modul ini anda boleh :

  1. Membina Pivot Table.
  2. Membuat analisis menggunakan Pivot Table.

 

ISI PELAJARAN

Membina Pivot Table

  • Perkara-perkara yang perlu ada sebelum membina Pivot Table.
  • Cara membina Pivot Table dalam Excel.

Membuat Analisis Menggunakan Pivot Table

  • Cara menggunakan Pivot Table untuk analisis data.

 

SUMBER SOKONGAN

Keperluan Sistem :

  • Platform Windows XP dan ke atas
  • Perisian MS Office Excel 2010 dan ke atas.
  • Minimum processor Pentium 233-megahertz (MHz) atau yang lebih laju (Dicadangkan 300 MHz)
  • Sekurang-kurangnya 64 MB RAM (Dicadangkan 128 MB)
  • Sekurang-kurangnya 1.5 GB saiz cakera keras yang masih boleh digunakan.
  • CD-ROM atau DVD-ROM drive.

Rujukan  :

 

KAEDAH/STRATEGI PENYAMPAIAN

Aktiviti / Bengkel / Tutorial teradun

Latihan

Refleksi