Mee Kicap

Mee kicap asalnya adalah makanan bagi kaum cina.  tetapi di Ipoh ianya telah menjadi popular di kalangan kaum-kaum lain.  Resipi mee kicap juga telah diubah suai bagi menyesuaikan dengan masakan kaum melayu iaitu ditambah dengan kepedasan. Agak menariknya ia agak susah untuk diperolehi di tempat-tempat lain selain di Ipoh yang mana susahnya itu adalah yang … More Mee Kicap

Mee Goreng Mamak

  Satu lagi makanan kegemaranku adalah mee goreng mamak.  Kebiasaannya tempat yang selalu ditujui untuk “pekena” ialah di restoran mamak berdekatan stesen KTM lama Tanjung Rambutan.  Mee goreng yang tak basah dak kering.

Nasi Ayam

Nasi ayam fauziah ini telah bermula sejak 1980 lagi.  Bertapak dengan warung kecil di Baza Bulat Ipoh, yang mana tempat itu pun telah tidak wujud lagi.  Sekarang telah banyak cawangan Restoran Nasi Ayam Fauziah telah di Ipoh.  Kebiasaannya orang tempatan yang ramai mengadap makan tengahari ketika waktu lunch.  

Nasi Ulam Opah

Dahulu setiap kali kedatangan Ramadhan, bebuka pasti dijamu oleh Opah di kampung dengan nasi ulam.  Sekarang resepi itu telah diperturunkan kepada Mak.  Adik-beradik yang lain pasti akan terliur pabila mendengar Mak menyediakan juadah nasi ulam.  Alhamdulillah semoga Mak dan Abah sentiasa dikurniakan kesihatan.  Semoga Arwah Opah dan semua muslimin dan muslimat yang telah bertemuNya menerima RahmatNya dan … More Nasi Ulam Opah