Bina Rangkaian

MODUL 2 (MASA 20 MINIT)

MEMBINA RANGKAIAN BAHARU

PENGENALAN

Sistem UNP Pergerakan memudahkan pengguna terutamanya pegawai atau kakitangan dalam mengumpul dan melakukan pemprosesan cadangan pergerakan barisan hadapan dalam negeri Perak.  Oleh itu, proses pengumpulan dan pemprosesan data dari peringkat Pejabat Pendidikan Daerah hingga ke Jabatan Pendidikan dapat dipermudahkan dengan berlaku penjimatan kos dan tenaga.  Di dalam modul kedua ini akan diterangkan langkah demi langkah dalam membina rangkaian cadangan berdasarkan kepada data asas daripada output sistem e-Operasi.

OBJEKTIF

Selepas mengikuti modul ini anda boleh :

  1. Mengemaskini data terkini e-Operasi yang akan digunakan sebagai data asas sistem.
  2. Membina rangkaian baharu berdasarkan kekosongan jawatan.
  3. Mengenal pasti jenis-jenis rangkaian yang digunakan dalam sistem.

 

SUMBER SOKONGAN

Keperluan Sistem :

  • Platform Windows XP dan ke atas
  • Perisian MS Office Access 2010
  • Minimum processor Pentium 233-megahertz (MHz) atau yang lebih laju (Dicadangkan 300 MHz)
  • Sekurang-kurangnya 64 MB RAM (Dicadangkan 128 MB)
  • Sekurang-kurangnya 1.5 GB saiz cakera keras yang masih boleh digunakan.
  • CD-ROM atau DVD-ROM drive.

 

KAEDAH/STRATEGI PENYAMPAIAN

Aktiviti / Bengkel / Tutorial teradun

Latihan

Refleksi


 

Mengemaskini data terkini e-Operasi yang akan digunakan sebagai data asas sistem.

Buka sistem pergerakan UNP yang terdapat di dalam komputer anda.  Lihat pada menu dalam paparan utama.

1 – klik pada menu UPDATE DATA.

2– Tick pada tooggle Update Data Dari E_Operasi Semasa dan klik OK.

Proses mengganti atau menambahkan data e-Operasi baru dilakasanakan. Klik OK pada semua arahan yang dikeluarkan.  Apabila kotak dialog proses selesai, barulah proses bina rangkaian dapat dimulakan.  Pemprosesan memakan masa yang agak lama sedikit berdasarkan kepada keupayaan komputer dan jumlah keseluruhan data yang terdapat didalam tiga fail teks data sepadu guru.

2.1


Membina rangkaian baharu berdasarkan kekosongan jawatan.

Cadangan memerlukan rangkaian yang akan mengisi setiap kekosongan yang berlaku.  Ini bagi mengelakkan berlaku ketiadaan pengganti.  Oleh itu panjang rangkaian maksimum yang ditetapkan dalam sistem ini adalah sehingga empat cadangan bagi setiap satu rangkaian.

1 – Klik pada menu BINA RANGKAIAN.

– Pilih daripada senarai atau taipkan kod sekolah yang terlibat dengan kekosongan jawatan. Kemudian pilih jawatan yang akan atau telah dikosongkan dan klik OK.

2.2

Paparan rekod maklumat kekosongan dipaparkan.  Rekod ini di tarik daripada data e-Operasi terkini.  Tiga medan perlu diisi iaitu SEBAB KEKOSONGAN, TARIKH KEKOSONGAN dan JENIS RANGKAIAN.  Medan lain akan keluar secara automatik sekiranya data penyandang kekosongan ada di dalam e-Operasi.   Jika penyandang telah lama bersara maka data telah tiada dalam e-Operasi dan sistem tidak dapat menarik data tersebut.

3 –    Masukkan sebab kekosongan seperti bersara, bertukar dan sebagainya.

4 – Masukkan tarikh kekosongan berlaku berdasarkan surat sama ada melalui pick up date atau taip secara manual.

5 – Medan JENIS RANGKAIAN adalah sangat penting.  Pilih jenis rangkaian yang hendak digunakan. Penerangan jenis rangkaian dan kod rangkaian akan diterangkan.

6 – Maka medan-medan lain boleh dikemaskini terus jika maklumat yang dipaparkan salah.  Butang reset boleh digunakan untuk mengosongkan semua medan, dan pengisian semula maklumat.

2.3

Selesai semua maklumat telah dimasukkan, klik butang OK.  Maka telah selesai anda bina satu rangkaian.  Namun cadangan pengisian masih belum di masukkan. Seterusnya anda belajar bagaimana untuk membina cadangan pengisian serta mengemaskini rangkaian dan seterusnya mencetak cadangan.

Jenis Rangkaian

Ada lima jenis rangkaian yang digunakan iaitu, B1, B1-1, B1-2, B1-3 dan B2.

Rangkaian B1: Rangkaian yang mempunyai empat cadangan pengisian yang bersambungan mengisi rangkaian jawatan yang dikosongkan. Ini adalah maksimum bilangan cadangan bagi satu rangkaian.

Rangkaian B1-3: Rangkaian yang mempunyai tiga cadangan pengisian yang bersambungan mengisi rangkaian jawatan yang dikosongkan.

2.3.1

Rangkaian B1-2: Rangkaian yang mempunyai dua cadangan pengisian yang bersambungan mengisi rangkaian jawatan yang dikosongkan.

Rangkaian B1-1: Rangkaian yang mempunyai hanya satu cadangan pengisian yang bersambungan mengisi rangkaian jawatan yang dikosongkan.

2.3.2

Rangkaian B2: Rangkaian cadangan pengisian back-to-back.  Bermaksud calon 1 mengisi tempat calon 2 dan sebaliknya.

2.3.3

 

 

 


LATIHAN :  Bina satu rangkaian kekosongan berdasarkan maklumat kekosongan di bawah.

  1. Kod sekolah AEA2063 kekosongan jawatan guru kanan kerana naik pangkat sebagai Penolong Kanan Kokurikulum
  2. Bina rangkaian yang mengandungi dua cadangan rangkaian.

 

Untuk memudahkan anda memahami dengan lebih jelas boleh rujuk pada video tutorial di bawah.

VIDEO TUTORIAL:


– Modul 2 tamat, Selamat Mencuba –