MS Excel

PENGENDALIAN DATA MENGGUNAKAN MICROSOFT EXCEL

(MASA 1 JAM 15 MINIT)


PENGENALAN

Microsoft Excel merupakan perisian jenis hamparan dan sebahagian daripada pakej Perisian Microsoft Office. Microsoft Excel menjadi pilihan ramai untuk kegunaan analisis mudah dan menjadi keperluan pejabat hari ini. Perisian ini berupaya memproses data secara automatik yang boleh dalam bentuk pengiraan asas, formula, penggunaan fungsi, pemprosesan data dan jadual, grafik dan pengurusan data.

Penggunaan sintak formula dalam perisian Microsoft Excel seperti hasil tambah, pengurangan, pendaraban dan sehingga kepada pengiraan yang lebih kompleks. Di peringkat sekolah, Pejabat pendidikan daerah atau Jabatan perisian Microsoft Excel juga digunakan untuk menyelesaikan pelbagai keperluan pentadbiran, serta menjadi salah satu alat keputusan bagi organsisasi tersebut.

Oleh itu di dalam topik ini, anda berpeluang untuk mengetahui konsep asas untuk melakukan analisis menggunakan fungsi-fungsi yang terapat di dalam Excel seperti menggunakan Pivot Table yang menyerupai fungsi Query Access dan juga menghasilkan sintak-sintak formula yang berkaitan dengan keperluan menganalisis data.

ISI PELAJARAN

MODUL 1:  Penggunaan Pivot Table

Masa : 30 Minit

Objektif :

  1. Membina Pivot Table.
  2. Membuat analisis menggunakan Pivot Table.

MODUL 2:  Penggunaan Formula Excel

Masa : 45Minit

Objektif :

  1. Menaip sintak formula secara manual.
  2. Menaip sintak formula menggunakan Insert Function.
  3. Menggunakan sintak formula yang berkaitan pengendalian data.

 

SUMBER SOKONGAN

Keperluan Sistem :

Pelayar Cadangan

  • Chrome
  • Firefox
  • Windows only: Internet Explorer, Microsoft Edge
  • Mac only: Safari

 

Sistem Pengoperasian KomputerPlatform Windows XP dan ke atas

    • Perisian MS Office Excel 2003
    • Minimum processor Pentium 233-megahertz (MHz) atau yang lebih laju (Dicadangkan 300 MHz)
    • Sekurang-kurangnya 64 MB RAM (Dicadangkan 128 MB)
    • Sekurang-kurangnya 1.5 GB saiz cakera keras yang masih boleh digunakan.
    • CD-ROM atau DVD-ROM drive.

Sistem Pengoperasian Telefon Pintar

Android dan iOS

 

Rujukan  :

https://support.office.com/id-id/article/buat-pivottable-untuk-menganalisis-data-lembar-kerja-a9a84538-bfe9-40a9-a8e9-f99134456576

https://business.tutsplus.com/id/tutorials/how-to-use-excel-12-techniques-for-power-users–cms-26304

https://forum.idws.id/threads/pengertian-fungsi-dan-kegunaan-microsoft-excel.550824/