Tugasan Projek

Header Tugasan Projek

Setelah anda mempelajari kesemua kemahiran mengendali data dari eMped, Cuba anda selesaikan beberapa situasi mengendali data seperti berikut.


Situasi 1


Anda diminta oleh Ketua Jabatan untuk menyediakan satu laporan berkaitan lebihan guru opsyen di sekolah anda.  Laporan tersebut perlu dibentangkan dan dikongsikanbersama semua ahli mesyuarat sebelum dan semasa pembentangan dilakukan.  output fail teks Datasepadu digunakan untuk menghasilkan laporan tersebut.

Tugasan:  Buat satu analisis berkaitan dengan bilangan opsyen guru disekolah anda dan hasil analisis tersebut dibentangkan menggunakan slaid pembentangan dari Google Slide.

projek1.png

 


Situasi 2


Pejabat Pendidikan Daerah di tempat anda meminta anda menyemak ralat yang wujud dalam pangkalan data anda.  Terdapat beberapa maklumat yang tidak di isi dan kesilapan memasukkan maklumat oleh kakitangan.  Anda sebagai pengendali data tempat anda bekerja dikehendaki mengenal pasti ralat yang wujud dan perlu mengemaskini maklumat peribadi dan perjkhidmatan terkini bagi semua kakitangan di tempat anda bekerja.

Tugasan :  Bina satu Query atau Pivot Table yang dapat membantu anda mengenal pasti ralat data yang wujud di dalam pangkalan data.  Dan bina Google Forms bagi mengumpul maklumat peribadi dan perkhidmatan terkini kakitangan di tempat kerja anda.  Kemudian kongsikan pautan Google Forms tersebut kepada semua kakitangan sama ada menggunakan media sosial seperti aplikasi Whatsapps atau telegram, dan diumumkan  semasa taklimat/mesyuarat.

Projek2