Pengurusan Data (eMped)

eMped adalah modul yang dibangunkan untuk menjadi satu medium latihan maya pengurusan data bagi semua pengendali data sistem atas talian yang boleh dilaksanakan secara berterusan dan interaktif. Untuk mencapai matlamat eMped, objektif yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut;

  1. Mendedahkan kemahiran menganalisis data dari data mentah yang diperoleh dari ouput sistem e_Operasi sehingga kepada penjanaan laporan.
  2. Mendedahkan kemahiran mengesan ralat data menggunakan query Microsoft Access dan kod atur cara mudah Microsoft Excel.
  3. Mendedahkan kemahiran mengumpul data melalui penggunaan aplikasi Google Drive.

Kandungan dalam eMped ini mengambil kira beberapa teori yang bersesuaian dengan sasaran yang merupakan golongan dewasa dan mempunyai kekangan terhadap masa. Teori pembelajaran dewasa dan teori minimalis dierapkan dalam eMped supaya pembelajaran mudah diterima oleh sasaran.  Dibawah merupakan topik dan hasil pembelajaran yang akan diperolehi setelah selesai mengunakan modul eMped.

Creative Commons License
eMped by Huzaimi Alias is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.