MODUL 3 (MASA 45 MINIT)
MENGANALISIS DATA MENGGUNAKAN QUERY HUBUNGAN
PENGENALAN
Query merupakan satu komponen di dalam Microsoft Access yang amat penting dan berguna kepada sistem pangkalan data. Ia bukan sahaja memaparkan data tertentu dari suatu jadual data, tetapi berkeupayaan memaparkan sebilangan data dari dua atau lebih jadual data yang berlainan. Query mampu mengubah suai data yang dipaparkan seperti menambah, memadam, membuat carian serta mengemaskini data berdasarkan arahan-arahan tertentu daripada pengguna.
Analisis data dalam julat yang besar mudah dilakukan menggunakan Query tanpa memerlukan pengguna melihat kepada keseluruhan rekod. Query Microsoft Access menggunakan pengaturcaraan SQL, namun pengguna tidak perlu mempunyai kemahiran yang tinggi terhadap bahasa pengaturcaraan tersebut. Ini adalah kerana pembinaan query dipermudahkan dengan kaedah orientasi objek yang mana, pengguna hanya perlu “drag and drop” objek-objek dalam Query.
Apabila anda ingin menyemak, menambah, menukar, atau memadamkan data dari pangkalan data anda, pertimbangkan untuk penggunaan Query. Berdasarkan Query, anda boleh menetapkan arahan yang sangat spesifik mengenai data anda dan anda boleh menggunakan Query untuk menapis data tersebut. Selain itu anda boleh melakukan pengiraan berdasarkan data sedia ada dan seterusnya meringkaskan data anda. Anda juga boleh menggunakan Query untuk mengautomasikan pelbagai tugas, menggabungkan data dari jadual yang berlainan, menambah, menukar dan memadam jadual.
Selepas mengikuti modul ini anda boleh :
- Membina Query berdasarkan dua atau lebih Table.
- Menganalisis data berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
- Mengesan ralat menggunakan penagturcaraan minimum.
ISI PELAJARAN
Membina Query
- Mengenal pasti jenis-jenis Query yang selalu digunakan.
- Membina Select Query.
- Menggunakan fungsi Query Wizards.
- Membina hubungan di antara Table.
Menganalisis Data
- Menganalisa data menggunakan Criteria.
- Menganalisa data menggunakan Expression.
- Menggunakan fungsi formula kiraan.
- Menapis data menggunakan parameter.
Mengesan Ralat
- Mengesan ralat data berulang.
- Mengesan ralat data NULL.
- Mengesan ralat data bercanggah.
SUMBER SOKONGAN
Keperluan Sistem :
- Platform Windows XP dan ke atas
- Perisian MS Office Access 2010
- Minimum processor Pentium 233-megahertz (MHz) atau yang lebih laju (Dicadangkan 300 MHz)
- Sekurang-kurangnya 64 MB RAM (Dicadangkan 128 MB)
- Sekurang-kurangnya 1.5 GB saiz cakera keras yang masih boleh digunakan.
- CD-ROM atau DVD-ROM drive.
Rujukan :
- https://support.office.com/en-us/article/Create-a-table-8fdc65f9-8d40-4ff5-9212-80e6545e8d87
- https://www.maxwell.syr.edu/uploadedFiles/ict/Training/Handouts/HandoutCreatingQueriesInAccess2010.pdf
- http://www.businessdictionary.com/definition/data-analysis.html
- https://www.ngdata.com/what-is-data-analysis/
- Utiliti Semak Data E-Operasi 2013
KAEDAH/STRATEGI PENYAMPAIAN
Aktiviti / Bengkel / Tutorial teradun
Latihan
Refleksi