MS Access

PENGENDALIAN DATA MENGGUNAKAN MICROSOFT ACCESS

(MASA 2 JAM 15 MINIT)


PENGENALAN

Micrososft Access adalah merupakan salah satu perisian pangkalan data yang agak popular dan paling banyak digunakan untuk membina sistem maklumat pangkalan data yang mudah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.  Sebagai pengendali data, setiap tahun menjadi rutin untuk mengumpul, mengenal pasti ralat dan menganalisis data yang diperlukan oleh pihak atasan.  Data-data perlu di simpan dan dikemaskini dari masa ke semasa.  Sistem dalam talian yang digunakan diperingkat Kementerian perlu dipastikan ketepatan dan kesahannya.

Oleh itu perisian yang memudahkan pengendali data menguruskan data secara luar talian diperlukan untuk membantu pengendali data mengemaskini data-data tersebut.  Ini adalah kerana fungsi komponen Table, Query, Forms dan Reports yang menyokong kepada penghasilan pangkalan data mudah bagi setiap pengendali data sama ada diperingkat sekolah, pejabat pendidikan daerah mahu pun Jabatan Pendidikan Negeri.

Melalui topik Microsoft Access ini, anda sebagai pengendali data dapat mempelajari kesemua fungsi-fungsi komponen yang dinyatakan.  Asas kepada pembelajaran fugsi-fungsi tersebut boleh dikembangkan apabila anda sentiasa kerap membuat latihan praktikal.

ISI PELAJARAN

MODUL 1:  Import Data

Masa : 30 Minit

Objektif :

  1. Import data dari fail teks.
  2. Import data dari fail Microsoft Excel.
  3. Import data dari fail Microsoft Access.

MODUL 2:  Fungsi Table

Masa : 30 Minit

Objektif :

  1. Mengenali table.
  2. Menyelenggara Tables.

 

MODUL 3:  Analisis Query

Masa : 45 Minit

Objektif :

  1. Membina Query berdasarkan dua atau lebih Table.
  2. Menganalisis data berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
  3. Mengesan ralat menggunakan penagturcaraan minimum.

 

MODUL 4:  Membina Forms dan Reports

Masa : 30 Minit

Objektif :

  1. Menbina Forms ringkas.
  2. Membina Reports  ringkas.

 

SUMBER SOKONGAN

Keperluan Sistem :

Pelayar Cadangan

  • Chrome
  • Firefox
  • Windows only: Internet Explorer, Microsoft Edge
  • Mac only: Safari

 

Sistem Pengoperasian KomputerPlatform Windows XP dan ke atas

    • Perisian MS Office Access 2010
    • Minimum processor Pentium 233-megahertz (MHz) atau yang lebih laju (Dicadangkan 300 MHz)
    • Sekurang-kurangnya 64 MB RAM (Dicadangkan 128 MB)
    • Sekurang-kurangnya 1.5 GB saiz cakera keras yang masih boleh digunakan.
    • CD-ROM atau DVD-ROM drive.

Sistem Pengoperasian Telefon Pintar

Android dan iOS

 

Rujukan  :

Rosseni Din (2014). Microsoft Access 2010:  Siri komputer Dalam Pendidikan. UKM Bangi.

http://www.informationweek.com/big-data/big-data-analytics/16-top-big-data-analytics-platforms/d/d-id/1113609

https://support.office.com/en-us/article/Access-2010-specifications-1e521481-7f9a-46f7-8ed9-ea9dff1fa854

http://crissysmarteningup.blogspot.my/2011/04/importexport-data-from-excel-2010-into.html

http://www.datawright.com.au/access_resources/access_import_text_files.htm

Advertisement