Fungsi SUM( ) Dalam Excel

Pengiraan jumlah bagi beberapa nilai melibatkan jumlah bagi hasil tambah beberapa nombor.  Pengiraan jumlah hasil ini penting bagi menganalisis nombor-nombor dalam julat yang kecil atau besar.  Kebiasaannya dalam penyata kira-kira memerlukan pengiraan Jumlah hasil.  Para akauntan, matematik, statisktik memang memerlukan pengiraan jumlah hasil ini.

Bagi memudahkan pengiraan jumlah, Excel memberikan kemudahan dengan wujudnya fungsi SUM( ).  Fungsi ini dikembangkan lagi dengan fungsi SUMIF( ), SUMIFS( ) dan SUTOTAL( ).  Fungsi SUM( ) akan menambah semua nombor dalam julat sel yang dtetapkan pengguna.  Bagi post ini saya akan menunjukkan bagaimana untuk menggunakan fungsi SUM( ) dalam Excel.

Sintak bagi fungsi SUM( ) ialah SUM(number1, [number2] …) bagi beberapa sel rawak atau SUM(cell1:Cell …) bagi satu julat sel.

1stTaipkan =SUM(Sel julat nombor pertama : Sel julat nombor terakhir) pada sel yang hendak dimasukkan hasil jumlah. Contoh di bawah, =SUM(C5:C10).

Sel C5 = Sel julat nombor pertama.
Sel C10 = Sel julat nombor terakhir.

Screen Shot 2019-08-31 at 12.05.34 PG

2ndTekan ENTER.  Hasil tambah julat sel C5 hingga C10 dipaparkan.  Hasil ini akan berubah secara automatik mengikut perubahan nilai setiap sel dalam julat.

Screen Shot 2019-08-31 at 12.08.45 PG

3rdBagi hasil tambah bukan dalam julat  adalah seperti contoh berikut. Taipkan =SUM(C11,C16,C22) dalam sel C24 iaitu bagi memaparkan Jumlah Kos Keseluruhan.  Selain itu anda boleh juga menggunakan sintak =C11+C16+C22 yang memberikan hasil yang sama juga dengan fungsi SUM( ).

Screen Shot 2019-08-31 at 12.17.23 PG

4thTekan ENTER dan paparan jumlah keselurhan kos dipaparkan.

Screen Shot 2019-08-31 at 12.21.59 PG

5thAnda juga boleh gunakan klik pada sel yang hendak dijumlahkan.  Contohnya pada langkah 3 taip =SUM( , kemudian klik pada sel C11, C16 dan C22. Kemudian taip penutun kurungan ).

Sekian sahaja semoga bermanfaat kepada urusan kerja anda. Terima Kasih.

Jika ada boleh emelkan ke HuzaimieAlias@Gmail.Com atau ruang komen di bawah.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s