Pengenalan Membina Form dan Report

MODUL 4 (MASA 30 MINIT)

MEMBINA FORM DAN REPORT

PENGENALAN

Kebiasaan pengguna suka kepada sesuatu yang teratur dan bersistematik.  Oleh itu pengguna suka memasukkan data melalui bentuk borang atau Form berbanding bentuk yang serabut dan panjang.  Borang atau Form digunakan untuk memudahkan kemasukan data.  Anda tidak perlu mengulangi memasukkan data beberapa kali perkara yang sama seperti contoh nombor kad pengenalan.  Selain itu laporan atau Report mudah dihasilkan dengan menggunakan Access.  Paparan yang menarik dan memenuhi keperluan anda sebagai pengendali data bagi tujuan pembentangan analisis dan laporan.

OBJEKTIF

Selepas mengikuti modul ini anda boleh :

  1. Menbina Forms ringkas.
  2. Membina Reports  ringkas.

 

ISI PELAJARAN

Membina Form

  • Membina Form menggunakan Form Wizard.
  • Membina butang arahan carian.

Membina Report

  • Membina Report menggunakan Report Wizard.

 

SUMBER SOKONGAN

Keperluan Sistem :

  • Platform Windows XP dan ke atas
  • Perisian MS Office Access 2010
  • Minimum processor Pentium 233-megahertz (MHz) atau yang lebih laju (Dicadangkan 300 MHz)
  • Sekurang-kurangnya 64 MB RAM (Dicadangkan 128 MB)
  • Sekurang-kurangnya 1.5 GB saiz cakera keras yang masih boleh digunakan.
  • CD-ROM atau DVD-ROM drive.

Rujukan  :

 

KAEDAH/STRATEGI PENYAMPAIAN

Aktiviti / Bengkel / Tutorial teradun

Latihan

Refleksi

Advertisement