PENULISAN AKADEMIK

5-tips-penulisan-blog-persuasif-yang-perlu-anda-tahu

MAKSUD PENULISAN AKADEMIK

Penulisan akademik adalah gabungan 2 perkataan iaitu Penulisan dan Akademik. Dewan Bahasa dan Pustaka memberikan maksud “Penulisan adalah perbuatan menulis atau mengarang” manakalan Akademik pula memberikan maksud “bersifat atau mengenai ilmu pengetahuan”. Penulisan akademik bermaksud penulisan ilmiah yang dilakukan secara sistematik. Sistematik di sini membawa maksud kajian yang dilaksanakan secara teratur dan teliti oleh pengkaji berkaitan sesuatu persoalan yang timbul. Penulisan akademik adalah berbeza berbanding kaedah-kaedah penulisan lain yang menjurus kepada fakta-fakta benar yang disandarkan dengan teori-teori sedia ada serta mempunyai informasi yang tepat.

Penulisan akademik tidak lari daripada menggunakan kaedah saintifik yang menyatakan bahawa mana-mana fenomena mempunyai keterangan-keterangan tertentu; iaitu tiap-tiap kesan mempunyai sebab. Kaedah ini mendatangkan bukti bagi setiap kesimpulan yang dibuat dan ianya mestilah bersandar kepada pengumpulan data secara objektif, tidak berat sebelah dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan dalam mengumpulkan data bagi menyokong kebenaran hipotesis serta mengabaikan yang tidak mengikut kehendak peribadi penyelidik.

 

ULASAN CIRI-CIRI PENULISAN AKADEMIK

Penulisan akademik yang baik adalah berdasarkan beberapa ciri-ciri tertentu iaitu; fakta dan sistematik, tepat dan benar, disokong dengan bukti dan mengikut prosedur.

Apabila membuat penulisan akademik, penyelidik perlulah menyampaikan setiap fakta secara sistematik atau menerangkan sesuatu perkara yang dikaji kepada situasi yang spesifik. Fakta-fakta yang dikemukakan dibuat mengikut piawaian semasa penyelidikan dan mempunyai format yang sama diseluruh dunia. Keterangan-keterangan yang dinyatakan perlu dinyakan faktanya mengikut tertib yang betul dan secara berfokus.

Ketulenan sesuatu fakta yang menyokong keterangan di dalam penulisan akademik perlulah tepat dan benar berdasarkan sumber-sumber dan teori-teori yang telah dibuktikan kesahihannya. Penulisan juga dilakukan dengan cermat iaitu tidak menyentuh kepada sesuatu elemen sensetiviti yang boleh merosakan hubungan dalam masyarakat serta tidak meletakkan sesuatu pernyataan secara tidak bertanggungjawab iaitu pernyataan yang bersandarkan kepada andaian atau viral media sosial.

Setiap pandangan dikemukakan dengan sokongan melalui bukti-bukti yang boleh diterima. Oleh yang sedemikian penulisan akademik mestilah disertakan teori dan model serta bahan-bahan bacaan rujukan yang sahih. Penulisan akademik merupakan penulisan ilmiah yang mana fakta-fakta yang tidak diputarbelitkan serta ianya merupakan fakta yang berdiri dengan sendirinya tanpa wujud unsur-unsur persuasif, argumentasi, percanggahan pendapat dan protes. Penyelidik menulis dengan jujur tanpa dipengaruhi oleh emosi dan juga memenuhi kehendak golongan-golongan tertentu. Penulisan akademik bersifat sistematik. Oleh yang sedemikian, Setiap langkah direncanakan secara sistematik, konseptual dan mengikut prosedur yang jelas.

Rujukan

Kertas kerja Sivachandralingam Sundara Raja (1999), Pemikiran Dan Penulisan Ilmiah Di Universiti Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya. Diperolehi pada 13 September 2016. http://sejarahum.tripod.com/pensyarah/sivaAKADEMIK.html

Laman Web Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) Dewan Bahasa http://prpm.dbp.gov.my/

Kuliah Pengenalan Penulisan Akademik I, Profesor Madya Dr. Jamaludin bin Haji Badusah, Dewan Budiman Fakulti pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, pada 9 September 2016

Advertisement

One thought on “PENULISAN AKADEMIK

  1. Wood home furniture possesses one thing really natural regarding it.
    There is this feeling of warmth, of nature and also of beauty that could
    be be located in wood furniture. Wood is actually birthed coming from the earth.
    It feeds the fire, disintegrates in to blows and ashes away.
    It is incredibly near the human presence in the world.

    May be actually that is why it sounds so much along with our company.
    When you handle a wealthy mahogany work desk, might be that is why you still get
    that cozy feeling.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s