Sumber pendidikan terbuka (OER) adalah apa sahaja bahan pendidikan seperti dokumen, media yang boleh diakses secara bebas, terbuka, berguna untuk pengajaran, pembelajaran, dan penilaian serta untuk tujuan penyelidikan. Menggunakan domain awam atau lesen terbuka yang membolehkan sesiapa sahajasecara sah dan bebas boleh menyalin, menggunakan, menyesuaikan dan berkongsi semula bahan mereka. Pelbagai OER daripada buku teks kepada kurikulum, sukatan pelajaran, nota kuliah, tugasan, ujian, projek, audio, video dan animasi.
Contoh-contoh OER adalah UNESCO, Tu Delft, dan MIT. UNESCO mencipta platform OER Komuniti global pada tahun 2005 dengan sokonganYayasan Hewlett. Ianya bertujuan untuk berkongsi maklumat dan bekerjasama dalam isu-isu berkaitan pengeluaran dan penggunaan Sumber Pendidikan Terbuka. Manakala Tu Delft yang bermula dari Universiti Teknologi Delft di Netherland yang berkongsi berkaitan maklumat kejuruteraan teknologi rawatan air bersih bagi pembangunan sesebuah negara. Sumber-sumbernya dikemaskini oleh universiti-universiti di South Africa, Singapore, Antilles dan Indonesia. Dan jika anda ingin mempelajari tentang berkaitan aeronautik dan astronautik, OER MIT boleh dijadikan sebagai rujukan.
OER boleh dijadikan inovasi bagi peningkatan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Menjadikan sumber kekal bagi rujukan pelbagai generasi akan datang bagi mengenali asas kepada sesuatu perkara yang menjadikan ianya sesuatu yang penting sekarang.
OER merupakan bahan-bahan pengajaran yang bebas untuk digunakan dan tidak melibatkan sebarang kos serta perundangan. ia tidak sama seperti kebiasaan sumber-sumber yang dilindungi oleh hak cipta. ia dibina oleh individu atau organisasi yang memilih untuk mengekalkan sedikit pemilikan hak cipta tersebut.
Ciri utama yang membezakan OER adalah lesen harta intelek dan kebebasan lesen geran kepada orang lain untuk berkongsi dan mengubahsuai bahan tersebut. Jika ianya tidak ditandai atau ditandakan sebagai domain awam atau mempunyai lesen terbuka, ia bukan bahan OER. Oleh itu isu hak milik ini boleh diseragamkan mengikut individu atau organisasi yang terlibat.