RUMUSAN PENULISAN AKADEMIK

 

Di dalam penulisan akademik, persoalan yang dibincangkan memerlukan kajian yang teratur dan teliti. Ianya boleh merangkumi seperti tesis, artikel, kertas kerja, abstrak, ringkasan eksekutif, dan lain-lain.

Pengkaji perlu arif tentang perkataan atau terma yang digunakan jika menggunakan terma yang khusus,. Penulisan akademik mestilah tersusun secara sistematik dan berstruktur. Setiap pendahuluan di dalam penulisan akademik memberikan gambaran awal berkenaan kajian manakala kesimpulan menjadi peranan dalam menerangkan gambaran keseluruhan kajian secara ringkas. Keadaan yang berstruktur ini menjadikan keperluan dalam pengurusan masa kerana amat penting bagi pengkaji merancang penulisan.

Rangka bagi penulisan akademik didahului dengan bahagian pendahuluan yang mewakili 10% daripada keseluruhan penulisan dan ianya menerangkan tetang pengenalan bagi topik yang dibincangkan atau dikaji serta mengenalpasti isu—isu utama kajian. Keseluruhan bahagian terbesar iaitu teks utama dikenali sebagai badan mewakili 80% bahagian dibahagikan kepada beberapa perenggan dan memerlukan satu argument bagi setiap perenggan. Persoalan-persoalan yang dikemukakan di dalam pendahuluan dijawab di dalam teks utama. Seterusnya baki bahagian 10% daripada keseluruhan bahagian penulisan akademik adalah kesimpulan yang menerangkan tentang tema utama kajian.

Setiap perenggan yang dibina memerlukan hubung kait di antara satu sama lain serta berkesinambungan. Idea utama dan format yang konsisten merupakan asas bagi setiap perenggan yang dibina agar dielaborasi dengan baik di antara satu ayat dengan ayat lain di dalam perenggan tersebut.

Penulisan secara deskriptif dapat menyatakan maklumat teori-teori yang digunakan serta menjelaskan perkara yang berlaku. Manakala penulisan secara analitikal pula menajadi penilaian kepada kekuatan atau kelemahan sesuatu dan menjadi kesimpulan kepada sesuatu kajian.

Menjadi sesuatu yang penting dalam meletakkan rujukan yang digunakan tertakluk kepada agensi atau gaya format penulisan rujukan universiti masing-masing. Ianya dipersembahkan dengan membina senarai rujukan yang mana secara teknikalnya mengguna beberapa perisian yang sesuai seperti Refworks atau Cite2Write.

Pada fasa akhir penulisan akademik, semakan dilakukan secara teliti dengan diberikan tempoh masa tertentu bagi tujuan pembacaan semula dan kemaskini agar kesilapan dapat dikenalpasti. Bahan yang telah siap mesti dicetak dan di ‘proof read’.

Beberapa ciri-ciri yang perlu ada dalam sesebuah penulisan akademik iaitu penggunaan bahasa formal yang tepat, bergaya formal dan bukan peribadi, pembinaan ayat yang jelas dan tepat, berhati-hati dengan pengunaan kata singkatan dan akronim, serta perkembangan idea / hujah secara logik dan sistematik, kandungan yang jelas dan tepat.

Kesimpulannya, penulisan akademik yang baik dapat menarik pembaca sejak dari awal pendahuluan penulisan dengan susunan perkataan serta masksud yang teratur. Penulis meletakkan dirinya sebagai pembaca dan dapat meyampaikan maklumat dengan tepat dan berkesan. Pemilihan perkataan-perkatan yang menarik dan mudah difahami dengan menjadikan bacaan pembaca lebih lancar dan berkesinambungan di antara satu perenggan dengan perenggan yang lain.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s