Ujian Kebolehgunaan

Menurut definisi oleh Dumas dan Redish (1993), kebolehgunaan bermaksud bagaimana sesuatu produk yang dibangunkan mudah digunakan dengan cepat dalam mencapai tujuan pembangunan produk berkenaan.  Nielson (1994) pula menyatakan ujian kebolehgunaan adalah satu set cara yang menjimatkan kos bagi menilai antara muka pengguna bagi tujuan mengenal pasti masalah kebolehgunaan.  Terdapat empat cara yang asas bagi menjalankan ujian kebolehgunaan iaitu melalui program pengujian, ujian emperikal, ujian formal iaitu melalui permodelan dan ujian tidak formal iaitu melalui kepakaran pembangun produk itu sendiri.

Zuraidah dan Junaidah (2010) pula menyatakan, kebolehgunaan adalah satu atribut kualiti yang menjurus kepada manfaat yang diperoleh dan menarik minat pengguna untuk menggunakannya.  Ujian kebolehgunaan dilaksanakan bagi memperoleh pandangan yang betul daripada pengguna yang sebenar. Merujuk kepada Zuraidah dan Junaidah (2011), terdapat tiga ukuran asas untuk menguji kebolehgunaan iaitu keberkesanan (effectiveness), kecekapan (efficiency) dan kepuasan (satisfaction).  Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2009), kebolehgunaan merujuk kepada keadaan atau kondisi sesuatu produk yang digunakan.  Maksud kebolehgunaan yang diterjemahkan oleh International Standards Organization (ISO) adalah merujuk kepada had ukuran sesuatu produk yang membolehkan pengguna menggunanya bagi mencapai matlamat tertentu secara berkesan, cekap, dan mencapai kepuasan.

Kebolehgunaan adalah faktor penting dalam menentukan kebergunaan bagi sesuatu produk atau sistem yang dibangunkan.  Neilson (1994) menyatakan kebolehgunaan adalah berkait rapat dengan aspek Kebergunaannya.  Kebergunaan dilihat apabila sesuatu produk boleh digunakan dan menepati ciri-ciri serta fungsi yang telah direka bentuk.  Secara mudahnya digambarkan matlamat kebergunaan tercapai apabila pengguna merasakan produk boleh digunakan dengan mudah dan bersesuaian dengan ciri-ciri pengguna itu sendiri.  Pembangunan produk tidak selesai jika produk boleh digunakan tetapi memerlukan masa yang lebih lama untuk menjadikan pengguna serasi dengan fungsi-fungsi yang digunakan dalam produk tersebut.  Tiga faktor kebergunaan iaitu kebolehgunaan, kebolehfungsian dan kecekapan.  Ketiga-tiga faktor ini akan dijelaskan dalam posting yang lain.

Pelaksanaan Ujian Kebolehgunaan

Berdasarkan kepada beberapa pandangan pengkaji-pengkaji dan tokoh-tokoh muktabar berkaitan pengujian kebolehgunaan, boleh dirumuskan secara asasnya, ujian kebolehgunaan boleh dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu pengujian pertama pada fasa pembangunan dan pengujian kedua pada fasa pelaksanaan(Neilson 1994; Albion 1994; Din 2014; Zuraidah & Junaidah 2010).

Kebolehgunaan tidak hanya diukur pada individu dan komputer.  Dua jenis Pengujian yang biasa dilakukan untuk mengukur kebolehgunaan iaitu Pengujian formatif dan pengujian sumatif.  Keseluruhan pengujian banyak menggunakan pengujian formatif bagi meminimumkan jumlah ralat.  Penyelidikan Albion (1994), mengkaji tentang kaedah pengujian formatif yang dapat memenuhi dari aspek kekangan kewangan dan masa bagi memperoleh hasil kebolehgunaan sesuatu sistem atau produk.

Pengujian pertama kebolehgunaan melihat dari aspek teknikal keseluruhan yang memerlukan pengesahan serta pandangan dari pakar dan beberapa pengguna yang mempunyai ciri yang hampir sama dengan pengguna akhir. Pengujian dilakukan semasa fasa pembangunan dan boleh dilakukan berulang kali bagi mengecilkan julat ralat.    Pengujian kedua akan mengumpul maklumat dan menjadi prototaip produk akhir.  Menurut Din (2014), ujian kebolehgunaan boleh dilaksanakan pada fasa pembangunan dan fasa pelaksanaan produk.  Namun, jika tiada kekangan dari segi kewangan dan masa, ujian kebolehgunaan boleh dilaksanakan pada setiap fasa bagi mengesan ralat teknikal di peringkat pengguna akhir.  Sekurang-kurangnya tiga hingga lima pengguna boleh digunakan sebagai responden bagi kedua-dua ujian kebolehgunaan.  Pada peringkat ujian kebolehgunaan 1, produk di uji dari segi teknikal dan seterusnya pelaksanaan ujian kebolehgunaan 2 yang merupakan ujian sumatif terhadap pengguna akhir bagi memberi maklumat untuk fasa penilaian dan penyelengaraan.  Ujian pada peringkat ini melibatkan pengguna sebenar produk atau sistem dan digunakan untuk pengumpulan maklumat pengeluaran produk akhir (Albion 1994).  Ujian kedua kebolehgunaan menurut Din (2014), melibatkan respon daripada pelajar atau pengguna sebenar produk atau sistem.  Bilangan tiga hingga lima orang telah memadai dan tiada masalah jika lebih namun, had bilangan terbaik apabila respon positif tidak berubah walau pun bilangan responden bertambah (Neilson 1994).

Kaedah Pengujian

Nielson (1994) dan Albion (1999) menyatakan kaedah emperikal banyak digunakan oleh penyelidik bagi mengenalpasti masalah kebolehgunaan pelbagai produk. Namun adalah lebih praktikal untuk menggabungkan beberapa kaedah bagi mendapatkan hasil ujian yang lebih baik berbanding menggunakan satu kaedah.  Pengujian kebolehgunaan antara muka adalah penting bagi menjadikan pengguna tertarik terhadap produk. Oleh itu kajian heuristik dilaksanakan bertujuan mengenal pasti masalah kebolehgunaan bagi mereka bentuk antara muka pengguna, kaedah pengajaran dan isi kandungan. Menurut Neilson lagi kebolehgunaan bagi kajian heuristik merupakan satu teknik yang dapat mengurangkan kesilapan serius dalam sesuatu penghasilan produk.  Antara muka bagi sesuatu produk atau sistem merupakan perkara asas dalam penerimaan pengguna untuk menggunakan produk tersebut.  Perubahan yang kecil berlaku pada antaramuka pengguna boleh memberi impak yang besar terhadap kebolehgunaan. Ini menjelaskan bagaimana kajian heuristik dapat memberi pengalaman yang lebih baik kepada pengguna berinteraksi dengan sistem dan mencari ruang untuk penambahbaikkan. Selain itu, kaedah huristik boleh dilaksanakan diperingkat awal sehingga akhir kajian.  Instrumen senarai semak pakar digunakan untuk mengukur kebolehgunaan dari aspek reka bentuk antara muka pengguna, reka bentuk pengajaran dan reka bentuk kandungan pengajaran.  Instrumen soal selidik dengan skala likert sesuai digunakan untuk mendapatkan respon pengguna sebenar.  Kaedah pemantauan, soal selidik atau temubual dan kaedah ekperimen digunakan terhadap pengguna dan individu yang terlibat dengan raka bentuk dan pembangunan produk.  Ini dapat memberikan maklumat penerimaan pengguna dan keberkesanan produk atau sistem.

RUJUKAN

Zuraidah Abdullah, & Junaidah M. Kasim, (2010). The Digital Library Usability Testing. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 9(1).

Albion, P. (1999). Heuristic evaluation of educational multimedia: from theory to practice. In Proceedings ASCILITE 1999: 16th Annual Conference of the Australasian Society for Computers in Learning in Tertiary Education: Responding to Diversity (pp. 9-15). Australasian Society for Computers in Learning in Tertiary Education (ASCILITE).

Nielsen, J. (1994, April). Usability inspection methods. In Conference companion on Human factors in computing systems (pp. 413-414). ACM.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s