Pulut Panggang

Salah satu makanan tradisional yang menjadi kegemaran saya sejak dulu.  Apabila melihat gambar yang di kongsikan oleh cikgu Norazimah ini, melecur air liur melihatnya. Dengan rupa bentuknya yang dibalut dengan daun pisang beserta belang kesan bakar yang berminyak dan keenakan pulut yang berintikan sambal kelapa.  Tidak hairanlah boleh menjadikan peminatnya menjadi tidak tentu arah bila melihat makanan kegemarannya dipanggang di atas bara api.

Pernah suatu ketika dahulu, semasa bekerja di Kuala Lumpur singgah di suatu baazar ramadhan.  Pelbagai aneka juadah berbuka ketika itu dan termasuklah makanan kegemaran saya iaitu pulut panggang.  Tidak ramai yang menjual pulut panggang. Dek kerana terlalu teringin untuk menikmati pulut panggang, berozen pulut panggang telah dibeli.  Nafsu serakah dah menguasai.  Panas, lapar, dan tamak ketika itu telah merobek nafsu dan wang saku.  Sebabnya dah rasa terlampau terliur sangat dengan rupa parasnya.

Bila tiba waktu berbuka, apalagi memang itu lah dituju dahulu.  Tetapi malangnya rasa tidak seindah rupa.  Saya telah terbeli pulut panggang yang kedekut Intinya.  Ditambah pula dengan pulut yang tidak berapa masak menjatuhkan selera hari itu.  Seperti makan pulut kosong yang tidak sempat dimasak.  Maka berlambaklah pulut panggang bertaburan dalam tong sampah.  Betapa peniaga yang telah menghampakan pelanggannya yang cuba membantu.  Sekurang-kurangnya dikukus dan dibakar semasaknya pun sudah mencukupi.  Bolehlah di rumah di “customize” menjadi juadah lain.  Semoga peniaga itu diberi hidayah dan berniaga ke arah kekayaan di dunia dan akhirat.

Tetapi bila lihat resepi Eka Zahra yang dikongsikan oleh Cikgu Norazimah di dalam blognya, seperti semua orang boleh menghasilkan pulut panggang yang sedap.  Cuba tengok senarai bahan untuk resepi pulut panggang ini.  Kebanyakannya semua mudah diperoleh di dapur kita.  Cuma mungkin masa yang menjadi kekangan untuk menghasilkannya.  Sesiapa yang sukakan pulut panggang, CUBALAH.. mungkin air tangan sendiri yang menghasilkannya lebih sedap dan berbaloi untuk kita dan keluarga.

Future Image pulut udang dikredit pada MStar.com.my

Resepi pulut panggang versi roti | Pulut panggang memang sedap ! Tapi bagi mereka yang tidak boleh makan pulut, memang terpaksa jauhkan pulut panggang ni dari pandangan mata. Tapi tak apa, disini CN akan kongsikan resepi pulut panggang versi roti yang CN dapat dari group fb kredit kepada tuan punya resepi iaitu Eka Zahra . Rasa…

via Resepi pulut panggang versi roti — CikguNorazimah

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s