Jika anda tidak mempunyai perisian SPSS untuk tujuan menganalisis data, perisian Excel boleh dijadikan sebagai pengganti untuk melaksanakan Ujian -z, Ujian-t, Anova, Kolerasi, Regresi dan sebagainya.
Tutorial yang saya tunjukkan ini menggunakan perisian Excel 2010. Bagi yang mempunyai perisian yang lebih tinggi dari 2010 boleh juga mencuba kerana kebanyakan menu antara versi adalah sama cuma kedudukan atau namanya yang berbeza.
- Buka Perisian Excel anda dan klik pada menu File.
- Klik Options, keluar satu dialog box Excel Options
3. Klik menu Add-Ins dan klik pada Analysis Toolpak dan klik butang Go…
4. Untuk melakukan analisis, klik menu Data Analysis dalam tab Data.
5. Pilih analisis ujian yang hendak dilakukan. Pada gambarajah saya gunakan ujian regresi mudah bagi membuat ramalan.
Sekian perkongsian dari saya. Semoga memberi manfaat kepada ramai dalam melakukan analisis, terutama bagi yang sedang menjalankan kajian tesis, kajian emperikal dan sebagainya. Jika ada salah dan silap mohon diperbetulkan. Dan akhir kata, Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Lembaran. Semoga yang pulang ke kampung memandu dengan berhati-hati dan doakan kedua ibu bapa kita mendapat Rahmat dan BerkatNya.