Revolusi Industri 4.0

Jika anda masih hidup sehingga tahun 2050 berkemungkinan anda kehilangan pekerjaan atau profesion anda?  Bukan sahaja persaingan dengan tenaga asing, tetapi persaingan dengan Revolusi Industri 4.0…

Revolusi industri pertama (1760-1830), perkembangan teknologi stim yang meneroka era pengangkutan kepada dunia.  Revolusi indsutri kedua (1870-1914), perkembangan tenaga elektrik yang menjadikan dunia industri melonjak dengan operasi kilang-kilang yang menghasilkan output berkapasiti besar.  Revolusi industri ketiga pula yang sedang kita rasai bahangnya sekarang berkaitan dengan revolusi digital.

Susulan dengan revolusi sumber elektrik, internet berkembang maju dan mengautomasikan bidang pekerjaan dengan teknologi maklumat.  Era digital memanfaatkan manusia dengan memudahkan pekerjaan dan juga perhubungan. Namun masih terdapat juga kelemahan dengan perbezaan jurang bandar dan luar bandar dan  penyemaian nilai-nilai semulajadi manusia.

Konsep transhumanisme dikaitkan dengan Revolusi Industri 4.0.  Di mana kemungkinan era kepandaian dan kemahiran manusia di laksanakan oleh robot menggunakan teknologi AI (Artificial Intelegence) yang telah di upgrade.

“kemunculan sistem fizikal siber itu yang sedang melanda seluruh dunia akan menyebabkan 60 peratus pekerjaan yang ada pada masa kini, lesap pada 2050”

Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi (BH Online 2017)

Oleh itu bercakap berkenaan pernyataan di atas, Kerajaan telah merangka pelan kerja bagi menghadapi revolusi industri 4.0 bagi memastikan lepasan universiti memenuhi keperluan kemahiran industri masa hadapan.

Persoalannya adakah kita telah bersedia.  Revolusi kedua masih belum dapat dicapai sepenuhnya walau pun majoriti isi rumah telah merasai kenikmatannya berdasarkan kepada golongan-golongan yang masih tidak mampu menggunakan elektrik di rumah. Kita pernah menonton filem Terminator yang menyaksikan robot menguasai dunia.

Tetapi itu hanya gambaran yang menjelaskan nilai manusia itu sendiri dan kemampuan manusia itu sendiri.  Adakah robot mengambil alih tugas manusia atau manusia itu sendiri robot yang kehilangan nilai-nilai kemanusiaan yang memerlukan roh dan hati nurani dalam menjadi khalifah di muka bumi ini.

Namun bagi kesemua tenaga pengajar, anda tidak perlu risau kerana lebih 50% profesion yang berkaitan dengan pengajaran masih tidak boleh diambil alih oleh robot.

Rujukan

Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak. (2017). http://www.majalahsains.com/revolusi-industri-ke-4-mampukah-menginsankan-teknologi/

Nadia Hamid. (2017). Hasilkan graduan masa depan. https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2017/08/316866/hasilkan-graduan-masa-depan

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s