Dengan Hanya Satu Klik….

DIY Membina Butang Arahan Copy Filter ke Sheet Lain Guna Fungsi Macro.

Anda boleh jadi programmer dalam Excel tetapi tak tahu apa-apa pun tentang programming.  Pada post ini akan diterangkan langkah demi langkah bagaimana membina butang arahan dalam Excel yang menggunakan fungsi Macro.

Situasi;

Anda ingin copy paste senarai markah pelajar yang lulus sahaja pada kelas yang anda ajar.  Senarai nama ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.  Oleh itu kebiasaannya anda akan i)  filter markah atas 39, ii)  copy, dan iii) paste di Sheet lain.  Oleh itu ada tiga langkah setiap kali anda lakukan copy paste bagi senarai nama yang berlainan dan berubah-rubah.

Selepas anda mengikuti langkah-langkah di dalam post ini, anda hanya akan melakukan satu langkah sahaja  iaitu klik pada butang… dan semuanya akan diaturkan oleh Excel.

 

Macro 1

  1. Buka fail yang mnengandungi senarai markah, dan masukkan fungsi filter pada header jadual.
  2. Klik menu Macros pada Toolbar dan pilih Record Macros atau boleh klik Record Macro… di dalam tab Developer.
  3. Namakan Macro anda. Contohnya SenaraiLulus dan klik OK. Kemudian pada Ctrl + ” “ pada kotak tu letakkan apa-apa sahaja huruf.  Ini bertujuan untuk anda gunakan short cut keyboard bagi melaksanakan arahan macro.  Apabila anda klik OK apa sahaja aktiviti yang anda lakukan dalam Excel akan dirakam.

    Macro 2

  4. Klik pada filter header MARKAH, pilih Number Filter dan pilih Greater than..
  5. Masukkan nombor 39 di dalam kotak sebelah “is greater than” dan klik OK.

    Macro 3

  6. Selepas itu highlight semua jadual di dalam sheet 1, Copy, letakkan kursor pada sel A1 di dalam Sheet dan Paste .

    Klik pada menu Toolbar Macro seperti di langkah 2 dan pilih Stop Recording…

    Pada ketika ini anda boleh mencuba hasilnya dengan tekan butang Ctrl bersama dengan butang L papan kekunci (Ctrl + L).  Sebelum tu cuba anda padamkan terlebih dahulu jadual dalam Sheet 2. Anda akan dapat hasilnya.


    Macro 4

  7. Apabila anda cuba simpan fail, Excel akan arahkan anda Save as.. dalam format fail macro-enabled.  Klik NO.
  8. Dalam paparan  Save As, pilih Save as type Excel: Macro-Enable Workbook, namakan nama fail dan klik OK.

    Macro 5

  9. Untuk anda melihat macro yang telah dibina dan jika hendak padam, Run, atau mengemaskini sendiri programming VB anda klik pada Macro dan pilih View Macros.
  10. Kemudian pilih macro yang telah anda namakan dan klik Edit untuk kemaskini, Run untuk laksanakan arahan atau Delete untuk padam.

    Macro 6

  11. Bagi tujuan mencipta butang arahan dalam Excel, pilih toolbar Button dari menu Insert tab Developer.
  12. Kemudian pilih nama macro yang telah anda bina dan klik OK.
  13. Seterusnya butang arahan telah tersedia.  Menggunakan butang ini aalah alternatif kepada shortcut papan kekunci Ctrl + L.

    Tadaaaaa…..  akhirnya anda berjaya…..

Jangan lupa kongsikan jika bermanfaat.  Dan dialualukan komen, ulasan dan cadangan yang membina dari tuan puan..

Terima Kasih.

 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s