Jadikan Cukai Anda sebagai Simpanan

calculator-385506_640

Anda pernah isi E-Filling untuk isi cukai?  Terutama kepada individu pengalaman mengisi E-Filling dapat dirasakan sendiri berbeza dengan Syarikat.  Jika anda adalah individu yang mempunyai pendapatan, pasti tidak terkecuali daripada mengisi cukai dalam sistem tersebut.

Setiap ringgit perbelanjaan pasti akan dihitung dari awal hingga akhir tahun.  Mudahkah anda untuk mengingat kembali keluar masuk ringgit anda.  Melainkan anda memang seorang yang sentiasa bersedia atau anda seorang akauntan pasti perkara tersebut menjadi mudah buat anda.

Tahukah anda? jika anda merancang pembayaran cukai pendapatan dengan betul akan menjadikan bayaran cukai tersebut sebagai simpanan anda.  Bagaimana caranya?  Apa yang perlu anda lakukan cukup mudah.  Anda hanya perlu ambil tahu tentang perkara-perkara yang boleh menjadi pelepasan cukai buat anda.

Contoh ini adalah tertakluk kepada yang melakukan atau diarahkan membuat potongan caruman bulanan (PCB).  Katakan jika pendapatan tahunan yang dikenakan cukai RM40,000.  Mengikut jadual dari laman web LHDN adalah RM2,400 iaitu sebanyak 10%. Dari jumlah tersebut RM35,000 pertama perlu dibayar cukai RM900.  Baki RM5,000 kena cukai 10% adalah RM500.  Oleh itu jumlah cukai adalah RM900 + RM500 = RM1,400. Setiap bulan PCB anda RM150 dan untuk setahun jumlah PCB anda adalah sama dengan cukai yang diekanakan RM1,800.

Dengan membuat langganan internet kelajuan pantas jalur lebar RM148 sebulan.  Jumlah perbelanjaan setahun anda adalah RM148 X 12 = RM1776.  Anda mendapat perkhidmatan internet dan bulan Mac berikutnya amaun RM1,776 tersebut menjadi pelepasan dari jumlah amaun pendapatan yang kena cukai.  Mungkin akan berkurang dari RM40,000 kepada RM38,224.  Ini bermaksud cukai anda semakin berkurang dan bertambah lagi amaun potongan cukai berkala (PCB) yang anda buat dikembalikan kepada anda.  Anda boleh simpan lebihan tersebut atau gunakan pada perkara-perkara yang memerlukan seperti menyambut birthday kereta anda contohnya.

Apa kata anda bayar zakat.  Bagi muslim zakat adalah wajib.  Oleh itu dengan bayaran zakat jumlah PCB anda akan menjadi rebet yang secara lansung menjadi simpanan masa depan anda atau perbelanjaan untuk tahun kedepan.  Secara tidak lansung pendapatan anda dibersihkan dengan zakat dan ada pula lebihan simpanan. Di bawah ini disenaraikan perbelanjaan yang boleh mengurangkan cukai.

  1. Perbelanjaan terhadap ibu bapa iaitu perbelanjaan rawatan, perubatan dan penjagaaan sehingga RM5,000 atau pelepasan untuk ibu dan bapa masing-masing RM1,500 jika anak seorang atau RM3000 dengan syarat tertentu.  Jika lebih perlu dibahagi mengikut jumlah anak atau ada antara anak yang bersetuju untuk tidak membuat tuntutan.
  2. Yuran Pendidikan diri sendiri terhad kepada RM7,000 bagi tahun 2017.  Tahun-tahun lain mungkin berubah.
  3. Kesihatan diri, suami/isteri atau anak iaitu belanja perubatan bagi sakit sukar diubati terhad sehingga RM6,000 serta pemeriksaan perubatan penuh atas diri, suami/isteri atau anak sehingga RM500.
  4. Simpanan tabung SSPN terhad RM6,000.
  5. Perkeso terhad sehingga RM250
  6. Gaya hidup terhad kepada RM2,500 seperti pembelian bahan bacaan hard copy, ebook, komputer, telefon pintar, tablet, alat sukan, yuran gimnasium dan langganan internet.
  7. Pembelian peralatan penyusuan terhad RM1,000 bagi setiap 2 tahun sekali untuk wanita.
  8. Prasekolah anak-anak terhad kepada RM1,000.
  9. Insurans nyawa dan KWSP terhad kepada Rm6,000.
  10. Skim persaraan swasta dan Anuiti tertangguh terhad kepada RM3,000.
  11. Insurans pendidikan dan perubatan terhad kepada RM3,000.
  12. Bayaran zakat 100% pelepasan.
  13. Sumbangan kepada agensi-agensi yang berdaftar.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci boleh rujuk di laman web LHDN bagi pengurangan cukai dari tahun 2009 sehingga tahun 2017.  Apa yang paling penting pastikan anda menyimpan semua resit-resit pembelian yang telah dilakukan dan buat fail khusus bagi cukai pendapatan anda sendiri supaya tidak tercari-cari semasa pengisian E-Filling.

Bagi resit-resit yang menggunakan kertas thermal, pastikan anda tampal pada sekeping kertas A4 dan scan di dalam komputer atau anda membuat fotokopi.  Ini adalah kerana tulisan pada kertas thermal akan hilang dalam tempoh yang lama.  Simpan resit-resit tersebut sekurang-kurangnya 5 tahun atau lebih kerana dalam tempoh tersebut kemungkinan anda diminta untuk menunjukkan bukti-bukti pembelian pada tahun- tahun sebelumnya.

Ini adalah kira-kira kasar.  Kiraan sebenar mungkin ada perbezaan.  Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.  Jangan lupa untuk kongsikan kerana dengan perkongsian anda mungkin akan menjadi saham kebaikan anda pada orang lain.

Saya sedang menyiapkan kalkulator Excel untuk kiraan sendiri cukai pendapatan anda.  Jika ada yang berkeinginan, saya terbuka untuk kongsikan kepada anda.  Cuma tinggalkan email anda di bahagian komen dan In Shaa Allah saya akan email kepada anda.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s