Pengajaran Berkesan

ustaz

Sumber gambar dari blog Cikgu Q.Blogspot

Hari ini terbaca beberapa artikel yang menarik daripada beberapa blog dan jurnal berkaitan dengan Pengajaran Berkesan.  Antaranya adalah Blog Pendogogi dalam Pendidikan, Blog Cg Narzuki Online, artikel slide share Akram GC, Guru Cemerlang DG54 SMK Pulau Nyior, Eyeinn Bahrim, KPM.  Keseluruhannya memberikan beberapa gambaran yang sama berkaitan pengajaran berkesan.

Keseluruhannya apa yang dapat difahami, ada beberapa aspek yang perlu diambil kira dalam menjadikan pengajaran itu berkesan.  pembelajaran menjadi output utama yang menentukan sama ada pengajaran itu berkesan atau tidak.

Di sini saya akan menyatakan pecahan aspek-aspek utama dalam menghasilkan pengajaran berkesan.  Aspek-aspek tersebut adalah,

  1.  penerapan penghargaan,
  2. pemahaman hasil pembelajaran di awal pengajaran,
  3. tarikan perhatian,
  4. aktiviti berpusatkan murid,
  5. pemantauan dan penilaian, dan
  6. kaedah pengajaran kreatif

Kelima-lima aspek ini perlu ada dalam mencipta pengajaran berkesan.  Pengajaran berkesan memberikan impak yang positif melalui maklum balas murid yang menerima pengajaran.  Seperti yang umum ketahui, terdapat pelbagai tahap kecerdasan murid dalam satu sesi pengajaran.  Oleh itu, gaya penerimaan pengajaran adalah berbeza antara satu sama lain.  Ini boleh menjejaskan keberkesanan pengajaran, jika guru hanya menggunakan pendekatan yang sama sahaja ketika menyampaikan pengajaran.

Bagi mencipta pengajaran berkesan, guru perlu menggunakan keseluruhan deria psikomotor bagi mendapatkan perhatian murid dalam suatu sesi pengajaran.  Deria psikomotor yang asas adalah,

  1.  Visual
  2. Audio
  3. Kinestatik

Ketiga-tiga deria psikomotor ini perlu digunakan sepenuhnya kerana keseluruhan dominan murid ada ketiga-tiga deria tersebut.  Oleh itu,  selain daripada bercakap dan menulis, guru juga memerlukan kemahiran menggambar dan gerak badan.  Ini dapat meningkatkan rapor yang tinggi di antara guru-murid.  Penghasilan pengajaran berkesan juga bergantung kepada persediaan guru.  Adakah guru bersedia sebelum memulakan pengajaran?, adakah guru sentiasa bersemangat memulakan pengajaran di kala emosi guru juga terganggu?, dan Bagaimana untuk mengubah psikologi guru ketika berhadapan dengan deringan loceng kelas yang terdiri daripada murid-murid yang bermasalah..?

Kesemuanya ini menjadi penghalang kepada penghasilan pengajaran berkesan.  Ditambah dengan kesibukan tugas-tugas bukan hakiki yang muncul tidak kiran waktu.  Namun, kesemuanya ini mempunyai jalan penyelesaian yang terbaik dan berkesan.  Cuma ilmu tersebut belum sampai kepada kita secara mendalam, sedangkan semua guru telah didedahkan semasa berada di Institut atau maktab perguruan.

Bersambung…

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s