Belajar Full Time, Gaji jalan, Tambah Elaun…

2205

Sumber gambar dari blog Synetic Business School

Ramai yang bertanya tentang langkah-langkah memohon HLP, Hadiah Latihan Persekutuan bagi cuti sambung belajar bagi Pegawai Pendidikan.

Bagi saya dan isteri Alhamdulillah kami berdua berjaya bersama, berada dalam khrusus yang sama, dan penyelia yang sama.  Semua itu adalah berkat doa kedua ibu bapa kami yang memang kami mohon mereka berbuat sedemikian.. Kuatnya doa ibu bapa.

Dari segi teknikalnya, ada beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan bagi berjaya dalam permohonan.

Mengisi borang permohonan.

Perkara utama yang paling penting adalah usaha untuk berjaya dipanggil temuduga.  Ini adalah kerana jika dokumen yang dipersiapkan untuk temuduga tidak lengkap atau tidak menyokong kekuatan kita, pasti amat sukar untuk terpilih di dalam temuduga.  Bayangkan ada lebih tiga ribu borang permohan yang diterima oleh mereka.  Jika anda ditempat mereka apakah kaedah yang boleh memduahkan kerja tersebut.  Pastinya anda akan mengeluarkan  borang-borang yang tidak lengkap terlebih dahulu supaya pemilihan akan jadi lebih mudah.  Ini hanya gambaran sahaja dan bukannya prosedur sebenar untuk menunjukkan betapa ramai yang memohon dan anda perlu bersaing.

Pegawai di Bahagian Tajaan akan menyusun kesemua permohonan mengikut turutan dan sudah pasti ada sistem yang akan meletakkan wajaran bagi setiap butiran yang terdapat di dalam borang.   Disinilah betapa pentingnya anugerah-anugerah yang diperoleh,  hasil-hasil kerja penulisan, inovasi sama ada diperingkat sekolah mahu pun peringkat antarabangsa.

Carilah sehabis mungkin dan jangan lupa walau satu pun seperti contoh penulisan panduan menjawab soalan atau skema pemarkahan boleh dikira sebagai hasil penulisan. Itulah pentingnya pengurusan profil kerjaya, sijil-sijil dan sebagainya yang boleh menambah nilai diri anda di dalam borang permohonan.

Membina Kertas Cadangan.

Bersama dengan borang permohonan, calon perlu menyedia dan menghantar kertas cadangan yang berkaitan dengan bidang yang dipohon.  Pada pengalaman saya,  kertas cadangan ini perlu berkait rapat dengan bidang kerja atau opsyen anda.  Fikirkan apakah isu-isu atau masalah-masalah yang berlaku di dalam kerjaya anda. Pasti ada.. dan kadang-kadang isu yang dianggap boleh dijadikan tajuk yang menarik dalam kertas cadangan.

Dan jangan lupa tinjau-tinjau juga Google…. yang paling mudah Google Scholar.  Ini kerana Google Scholar merupakan tempat di mana jurnal-jurnal kajian tempatan dan antarabangsa boleh di peroleh di sini dengan hanya menaip keyword yang berkaitan dengan bidang yang dipilih.  Dan yang menariknya, anda boleh memilih julat tahun yang dikehendaki.  Cadangan saya pilihlah jurnal-jurnal lima tahun terkini kerana tajuk yang anda ingin bina adalah kajian yang akan digunakan Kementerian dalam membangunkan pendidikan di Malaysia.  Bayangkan anda sebagai pegawai di Kementerian ingin memberi waran kepada penyelidik yang dapat membantu meningkatkan taraf pendidikan.  pastinya anda akan memilih penyelidik yang berkait rapat dengan dasar dan isu-isu pendidikan yang terkini dan berimpak.  Bermaksud berbaloi dengan perbelanjaan kewangan yang dikeluarkan.

Jadi, carilah tajuk-tajuk yang berimpak dan gunakan kajian-kajian penyelidik lain dalam tempoh lima tahun terkini sebagai hujah anda di dalam kertas cadangan.  Elakkan dari hanya menggunakan andaian atau pun pengalaman sahaja dalam menghuraikan hujah  di dalam kertas cadangan tersebut.  Bukan tidak boleh, tetapi ianya disertakan dengan sokongan pengkaji-pengkaji yang pernah membuat kajian yang seakan sama dengan kita. Kajian yang berkaitan dengan kerja anda memberi kelebihan untuk anda menggoreng ketika ditemuduga nanti.  tetapi berhati-hati jangan sampai hangit.

Kebiasaannya, bentuk proposal adalah seperti berikut:

  1.  Pengenalan
  2. Penyataan masalah
  3. Latar belakang
  4. Tujuan / Objektif
  5. Persoalan kajian
  6. Metodologi
  7. Kepentingan kajian
  8. Kesimpulan
  9. Rujukan

Jika anda biasa membina kertas konsep atau kajian tindakan, dan mempunyai masa, masukkan kajian kepustakaan bagi menunjukkan anda bersungguh-sungguh untuk menjalankan kajian tersebut.  Dan satu lagi masukkan sekali Gantt Chart tempoh masa kajian dan juga senarai universiti pilihan anda.  Pastikan anda nampak teruja apabila membentangkan kajian anda semasa temuduga nanti dengan syarat anda terpilih untuk ditemuduga.

Tip: Berdoa dan solat hajat.  Minta ibu bapa yang doanya lebih makbul.  Serta berangan-anganlah dengan selalu, universiti yang anda pilih.

Semoga Berjaya… Jika anda mendapat sesuatu daripada artikel ini sharekan kepada orang lain.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s