Tidak lengkap jika data hanya melibatkan kemahiran mengumpul dan memproses sahaja. Kemahiran ini perlu dibantu dengan sesuatu yang dapat menjelaskan sesuatu keadaan.
Oleh itu, statistik digunakan bagi memanfaatkan penggunaan data dalam bentuk angka dan diintepretasi supaya memberi kesimpulan pada data yang diperoleh.
Dua pendekatan statistik iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Bagi memudahkan pemahaman, kedua-duanya saling berkaitan antara satu sama lain.
Statistik deskriptif, haya meringkaskan sekelompok data yang diproses tanpa menjelaskan sebab-sebab dan hubungan yang berlaku. Penggunaan min, sisihan piawai, graf dan carta memberikan gambaran deskriptif data tersebut.
Tetapi, penjelasan berkaitan sebab-sebab dan hubungan, dapat dijelaskan melalui statistik inferensi. Uian-t, ANOVA, kolerasi, regresi dan sebagainya. Melalui ujian-ujian ini, sampel data dapat dirumuskan bagi mendapatkan suatu keputusan.
Kesimpulannya, statistik deskriptif haya menjelaskan berkaitan data dan statistik inferensi pula memberi kesimpulan dan mengesahkan hubungan bagi sekelompok data serta menghasilkan keputusan.
Rujukan
Mohd Lazim Abdullah & Wan Muhamad Amir (2013), ANALISIS DATA DENGAN STATISTIK ASAS. Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.