Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2015) (PPPM) memfokuskan kepada lima aspirasi sistem, enam ciri aspirasi murid dan 11 anjakan yang dibentangkan di dalam pelan tersebut (KPM 2013). Apa yang diperlihatkan sekarang, menunjukkan bahawa Sistem Maklumat Pendidikan (SMP) telah menjadi alat ukur utama perlaksanaan PPPM di peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM. Memudahkan pihak atasan KPM memantau, mengawal dan memperbaiki proses perlaksanaan pelan tersebut agar tidak tersasar dari landasan yang telah ditetapkan KPM (2013).
SMP melibatkan semua bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia yang berkaitan maklumat murid, guru, pegawai-pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan kakitangan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Melalui Pemprosesan data yang menghasilkan maklumat pendidikan memberikan impak yang sangat besar dalam membantu pembuatan keputusan, menganalisis kekuatan dan kelemahan sesuatu dasar yang sedang dilaksanakan serta memperoleh pelunjuran bagi dasar-dasar baru yang hendak dilaksanakan.
Ada tiga elemen yang boleh membantu anda memudahkan pengurusan data iaitu, ilmu, kemahiran dan kreativiti.
Berikut adalah peranan pegawai atau kakitangan yang mengendali data di bawah KPM.
Peranan |
Bidang Tugas |
Bahagian-Bahagian di KPM
|
- Menjadi pengurus dan pemilik data dan maklumat.
- Melakukan verifikasi data dan maklumat
- Mengesahkan semua data dan maklumat
- Mengesahkan laporan analisis dan statistik.
- Memastikan data profil sekolah, guru, staf dan murid sentiasa dikemaskini
- Menyedia dan mengeluarkan input data sekolah, guru, staf dan murid mengikut keperluan semasa bagi semua peringkat pengurusan.
- Memastikan proses kerja pelaksanaan pengemaskinian dan verifikasi
dilaksana oleh JPN dan PPD.
|
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia |
- Memastikan data anggota kumpulan pelaksana (AKP) sentiasa dikemaskini.
- Menyedia dan mengeluarkan input data AKP mengikut keperluan semasa bagi semua peringkat pengurusan
- Memastikan proses kerja pelaksanaan pengemaskinian dan verifikasi dilaksana oleh JPN dan PPD.
- Memastikan permohonan ABM Perjawatan dilaksana sepenuhnya dalam sistem
- Memberi kelulusan perjawatan dalam sistem mengikut sekolah, PPD dan JPN
- MelaksanakanverifikasipermohonanABMPerjawatan
- Menyedia sijil kelulusan perjawatan mengikut sekolah, PPD dan JPN mengikut tempoh yang ditetapkan.
|
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) |
- Memastikan data dan maklumat sekolah, guru dan murid dikemaskini oleh sekolah.
- Memastikan semua PPD menyemak dan mengesahkan maklumat dan kedudukan sekolah, guru, staf dan murid
- Melakukan verifikasi data dan maklumat bagi semua modul.
- Mengesahkan semua data dan maklumat.
- Mengesahkan Laporan Pengesahan sekolah yang dihantar oleh PPD.
|
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) |
- Memastikan data dan maklumat sekolah, guru dan murid di bawah kawalan PPD dikemaskini.
- Memastikan semua Pengetua/Guru Besar menyemak dan mengesahkan maklumat sekolah, guru, staf, murid, kelas dan penawaran subjek elektif.
- Memastikan penempatan guru baharu, pertukaran guru, penempatan dan pertukaran murid serta pengemaskinian semua maklumat sekolah, guru, staf dan murid dalam SPS dilakukan dari semasa ke semasa.
- Mengesahkan Laporan Pengesahan yang dihantar oleh sekolah di bawah kawalan masing-masing sebelum dihantar ke JPN.
|
Pengetua/Guru Besar |
- Bertanggungjawab terhadap keesahan dan kebolehpercayaan data dan maklumat sekolah, guru, staf dan murid.
(Tindakan tatatertib boleh dikenakan sekiranya ada pemalsuan dan manipulasi data).
- Memastikan semua Penolong Kanan melaksanakan pengoperasian data dan maklumat dalam SPS.
- Mempengerusikan Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah (JKPMS).
- Mengesahkan Laporan Pengesahan sekolah sebelum dihantar ke PPD.
|
Penolong Kanan |
- Memantau pengemaskinian dan keesahan segala data sekolah, guru dan murid oleh guru.
- Membimbing dan menasihati guru dan pembantu tadbir dalam pelaksanaan modul PS, PG dan PM.
- Melakukan peranan sebagai pentadbir modul.
- Menyemak Laporan Pengesahan sekolah sebelum disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.
|
Guru Data / Pembantu Tadbir Perkhidmatan Rintis Data (NBOS) *Rujuk kepada :
– Garis Panduan Pelaksanaan Rintis Strategi Lautan Biru Kebangsaan – Pemantapan Profesion Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Pembantu Tadbir Perkhidmatan Rintis Data; dan
– Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2007 bagi Guru Data di Sekolah Menengah dan Rendah |
- Membantu mengumpul, mengunci masuk data, memproses, menyimpan, mencetak, menghantar maklumat mengikut kaedah yang ditetapkan oleh KPM dalam pengurusan data/modul dalamSistem Pengurusan Sekolah (SPS).
- Membantu menyediakan input data/modul berkaitan SPS kepada JKPMS.
- Menjadi Setiausaha kepada JKPMS.
- Membantu memastikan keselamatan dan kerahsiaan data sekolah.
- Mematuhi aktiviti pengisian data/modul dalam SPS mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh KPM.
- Membantu Penolong Kanan dalam pelaksanaan pengurusan data dan maklumat dalam SPS.
|
Guru Kelas |
- Mengemaskini semua data dan maklumat murid yang berada di dalam kelasnya dari masa ke semasa jika ada berlaku sebarang perubahan atau pertambahan maklumat kerana modul Pengurusan Murid akan dibuka sepanjang tahun.
- Bertanggungjawab terhadap keesahan dan kebolehpercayaan data dan maklumat murid di dalam kelasnya. Sebarang manipulasi data dan maklumat murid di dalam kelasnya adalah di bawah tanggungjawabnya.
- Merekodkan kehadiran murid secara harian bersama-sama dengan Pembantu Tadbir.
|
Guru |
Bertanggungjawab untuk mengemaskini, menyemak dan mengesah maklumat individu seperti berikut:
Jenis Maklumat |
K.kini |
Semak |
Sah |
maklumat peribadi |
√ |
√ |
√ |
maklumat pasangan |
√ |
√ |
√ |
maklumat perkhidmatan |
|
√ |
√ |
maklumat akademik |
|
√ |
√ |
maklumat ikhtisas |
|
√ |
√ |
maklumat sejarah perkhidmatan |
√ |
√ |
√ |
maklumat latihan / kursus |
√ |
√ |
√ |
Maklumat gaji dan elaun |
√ |
√ |
√ |
|
RUJUKAN
- Kementerian Pendidikan Malaysia. 2015. Garis Panduan Sistem Pengurusan Sekolah.
Like this:
Like Loading...