Berehat Seketika

29472673_10156300507503118_5411311944286076928_nTanya pada diri bila kali terakhir anda menghadiahkan diri anda dengan pergi bercuti?  Bagi yang bekerja mengadap komputer, bila kali terakhir anda menghadiahkan pemandangan yang cantik buat mata kesayangan anda?  Bila kali terkahir anda menghadiahkan suasana percutian yang mengasyik dan merehatkan pada badan anda?

Berhenti seketika, berehat seketika.  Tawarkan hadiah yang lumayan buat diri anda dan keluarga.  Rancanglah percutian yang bermakna dan menjadikan anda berehat seketika dari kesibukan bekerja.  Tempat percutian semulajadi mungkin boleh dijadikan sebagai pilihan anda dan keluarga.  Keluar seketika dari kesibukan bekerja.  Tinggalkan seketika komputer, laptop dan gadget.  Hasilnya pasti meningkatkan lagi prestasi kerja anda dikemudian hari.  Itu adalah satu pelaburan dengan menghargai tubuh anggota badan anda.  Anda mengerahkannya bekerja dan berilah penghargaan kepada mereka.

Tidak perlu pergi ke luar negara.  Di dalam negara juga banyak lagi tempat-tempat keindahan alam semulajadi yang belum pernah kita kecapi.  Salah satu tempat yang boleh dikunjungi adalah Pulau Redang, Terengganu.  Di antara tempoh bulan Mac hingga Ogos adalah masa yang sesuai untuk merehatkan mata melihat kehijauan dan kebiruan khazanah laut semulajadi.  Terdapat pelbagai kelainan untuk bercuti di Pulau Redang.  Aktiviti utama bukannya untuk shopping dan berjalan tetapi membina keseimbangan minda, emosi dan fizikal agar segar semula.

Persediaan untuk ke Pulau Redang tidak sama seperti persediaan ke Pulau Langkawi.  Cukup sekadar kelengkapan diri untuk bersemuka dengan keindahan laut dan pantai.  Berikut dinyatakan 7 tips cadangan persediaan barang untuk bercuti ke Pulau Redang terutama bagi mereka yang kali pertama ingin berkunjung ke Pulau tersebut.

  1. Setiap seorang bawa satu beg galas sahaja. Tak perlu bawak bag plastik jajan atau alatan solek yang dipegang kedua belah tangan.
  2. Kamera atau casing kamera kalis air atau kamera dasar laut. jika tidak bawa pun tidak mengapa tapi sediakan duit untuk sewa kamera. Tidak digalakkan bawa kamera SLR.
  3. Alatan untuk snorkeling seperti mask, snorkel dan jaket keselamatan boleh disewa di sana. Kadar sewa Jaket RM10 manakala mask dan snorkel pula RM10.  Jika anda rasa tidak mahu berkongsi snorkel orang lain, boleh beli sendiri mask dan snorkel. Di Decathalon anda boleh dapatkan set snorkel dengan harga yang murah.
  4. Baju dan seluar mandi yang selesa dan cepat kering. Yang terbaik adalah baju mandi yang menutup semua aurat anda. Sekurang-kurangnya melidungi kulit anda dari terik matahari dan juga keselamatan ketika aktiviti snorkeling.  Untuk pengetahuan anda, 50% pakaian harian anda di Pulau Redang adalah baju mandi.
  5. Krim pelindung UV. Bagi yang bekerja keesokannya selepas pulang dari Redang, wajib menyapu krim tersebut di Pulau redang. lebih baiknya ambil cuti sehari berehat di rumah selepas pulang dari Pulau Redang.
  6. Boleh bawa jajan. Tetapi tidak dengan kuantiti yang banyak. Makanan yang disediakan di chalet sudah memadai dan malam anda sangat pendek kerana anda akan kepenatan dengan aktiviti seharian.
  7. Jangan lupa Ubat ubatan seperti ubat darah tinggi, athma atau ubat demam dan batuk. Seharian di Redang boleh memberi perubahan kepada keadaan fizikal badan.

Tip yang boleh dibuat sebelum ke Pulau Redang. Jika anda seorang yang fobia dengan air, carilah rakan atau jurulatih untuk meningkatkan tahap “water confident” anda.  Atau berlatih sendiri di mana-mana kolam.  Dan lagi terbaik adalah pergi kelas renang asas bagi mebiasakan diri anda dengan air. Ini adalah kerana keindahan Redang adalah taman dasar lautnya. Rugi jika hanya dapat lihat melalui skrin gadget  anda sahaja tanpa anda sendiri membenarkan mata anda melihat keindahan alam ciptaan Tuhan tersebut.

Sekian dari saya Huzaimi Alias.  Terima kasih kerana sudi membaca.  Semoga anda memperoleh ketenangan dengan berehat bersama alam semulajadi.


2 thoughts on “Berehat Seketika

Leave a comment