FORMAT SEJARAH SPM 2018

Sejarah telah menjadi matapelajaran wajib lulus selain daripada Bahasa Melayu sejak tahun 2013.  Namun adakah murid sedar tentang impak jika yang berlaku jika mereka tidak megnambil kisah berkenaan perkara tersebut.  Cuba bayangkan setelah bertungkus lumus belajar sejak umur 7 tahun tetapi tidak memperoleh sijil SPM yang menjadi sijil utama yang wajib ada bagi pelbagai urusan kelak.

Matapelajaran Sejarah akan dinilai melalui tiga kertas yang melibatkan soalan aneka pilihan, struktur dan esei serta tugasan.

  1. Kertas 1 mengandungi 40 soalan objektif yang perlu dijawab oleh calon dalam tempoh satu jam. Ia menyumbang 30% daripada markah keseluruhan.  soalan menjurus kepada keupayaan mengingat, memahami dan menganalisis.  Soalan-soalan terdiri daripada 20 soalan dari topik tingkatan 4 dan tingkatan 5 masing-masing.
  2. Kertas 2 pula merupakan soalan subjektif yang dibahagikan kepada dua bahagian. Menyumbang 50% daripada markah keseluruhan.  Memerlukan pelajar mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan menjana idea.Bahagian A untuk soalan berbentuk struktur
    Semua calon wajib menjawab empat soalan yang terdapat dalam Bahagian A. Sepuluh markah bagi setiap soalan.  Soalan-soalan terdiri daripada 2 soalan tingkatan 4 dan 2 soalan tingkatan 5.

    Bahagian B untuk esei.
    Terdiri daripada tujuh soalan dan calon hanya perlu menjawab tiga soalan sahaja. Dua puluh markah untuk setiap soalan.

  3. Kertas 3 merupakan soalan berbentuk tugasan menyumbang sebanyak 20% daripada markah keseluruhan. Ujian bagi kertas ini dijalankan dalam tempoh 3 jam tetapi calon akan diberi tema atau tajuk umum sebulan lebih awal dari tarikh peperiksaan.  Murid dibenarkan membawa masuk bahan- bahan bercetak ke dalam lokasi peperiksaan untuk tujuan rujukan.  Bertujuan memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai, menjana idea dan nilai.
     

Jumlah markah ialah 100% tetapi secara keseluruhan Kertas 2 menyumbang sebanyak 50%. Tempoh ujian untuk Kertas 2 ialah selama dua jam setengah.  Berikut merupakan gambarajah bagi menggambarkan format keseluruhan kertas matapelajaran Sejarah SPM 2018.

format-sejarah-spm1.png

Koleksi Soalan Percubaan 2018

  1. Soalan dari sekolah-sekolah Sabah
  2. Soalan dari sekolah-sekolah Sarawak
  3. Soalan dari sekolah-sekolah MRSM
  4. Soalan dari sekolah-sekolah Kelantan
  5. Soalan dari sekolah-sekolah Terengganu
  6. Soalan dari sekolah-sekolah Pahang
Advertisement
Posted in PdP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s