SEMINAR ALIARAN TERKINI DALAM PENGAJARAN SUMBER & TEKNOLOGI MAKLUMAT

Tugasan 1

Berdasarkan pembacaan anda, sila kemukakan pendapat tentang:

  1. Bagaimana konsep komuniti pengamal boleh dijadikan sebagai garis panduan untuk mencapai objektif organisasi di tempat anda bekerja dengan cara lebih berkesan?

 

Dengan kewujudan aplikasi-aplikasi atas talian dan aplikasi yang dimuat di dalam telefon pintar sekarang, tanpa disedari konsep komuniti pengamal telah pun diserap dalam pembangunan kerjaya kita bagi menjadikan cara bekerja yang lebih berkesan. Ianya sangat sempurna dijadikan sebagai garis panduan dalam mengaplikasikan konsep komuniti pengamal bagi menjana interaksi berterusan dan memberikan impak yang seimbang dikalangan ahli komuniti.

 

Berdasarkan kepada situasi sekarang kebanyakan komuniti pengamal sama ada di sekolah mahu pun pejabat, tidak meletakkan sesuatu garis panduan yang sesuai dan tidak dibantu dengan platform-platform atas talian yang memberi kesinambungan kepada komuniti-komuniti yang tidak sengaja wujud mengikut bidang tertentu yang mana hanya menggunakan medium aplikasi whatapps atau telegram sebagai pengantara.

 

Setiap tugas, program atau kerja mempunyai sasaran kerja tahunan yang ditetapkan setiap tahun dan prestasi diukur berdasarkan kepada pencapaian terhadap sasaran kerja yang telah dipersetujui oleh penilai kepada pegawai yang dinilai. Setiap pencapaian sasaran kerja adalah bergantung kepada manual prosedur kerja yang dipersetujui bagi sesuatu organisasi. Di dalam manual prosedur kerja inilah yang mencetuskan pelbagai pandangan, isu, atau masalah yang akan terjadi dan berulang setiap tahun dan memerlukan kepada kumpulan yang memiliki manual prosedur kerja yang sama untuk diwujudkan komuniti pengamal dalam bidang yang sama dan sentiasa berinteraksi dan perkongsian antara satu sama lain.

 

Contohnya pegawai meja Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Jabatan Pendidikan Perak yang menyelaras aktiviti semua pegawai-pegawai meja yang menguruskan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan di Pejabat Daerah dan Sekolah. Kesemua pegawai ini dikumpulkan dan diselaraskan sebagai satu komuniti pengamal diperingkat negeri yang akan berkongsi segala maklumat, minat, masalah dan keperluan yang sama, berasaskan kepercayaan dan latarbelakang yang serta di pandu oleh seorang pegawai yang telah lama dalam bidang berkaitan dan dipantau oleh Pegawai meja di Jabatan. Aplikasi mudah yang mempunyai fungsi yang sama digunakan seperti whatapps atau telegram dan dibantu oleh aplikasi kumpulan Google apps bagi mendapatkan maklum balas beserta data-data dan bahan-bahan terkini agar memudahkan capaian dan mudah pengguna. Interaksi maya dan juga bersemuka dipraktikkan dengan perbincangan maya yang lebih santai bagi mengupas isu-isu terkini dan pandangan personal ahli. Dalam bilangan pertemuan tertentu, mesyuarat bersemuka dalam bentuk yang lebih formal dilaksanakan untuk mendapatkan keputusan yang akan menjadi punca kuasa kepada sesuatu tindakan tertentu yang telah diputuskan.

 

Adalah sesuatu yang amat baik apabila sesuatu konsep yang dapat memberi kesan yang baik dalam membentuk arah memenuhi objektif organisasi seiring dengan pembentukan atitud positif pekerjanya dan membuang konsep organisasi cemerlang, pekerja malang kerana terlalu diarah dengan tekanan.

 

  1. Dan bagaimana pula peranan anda sebagai pelajar dalam kursus ini dalam menghidupkan konsep komuniti pengamal?

Di dalam kursus ini kami diberi kefahaman bahawa setiap pelajar akan terlibat dalam mengorganisasikan satu seminar yang mana di dalamnya terkandung ahli jawatankuasa yang telah dibentuk pada kelas pertama semester 1 2016/2017. Oleh yang sedemikian memfokus kepada saya sebagai pelajar, peranan saya dalam menghidupkan konsep pengamal komuniti adalah bermula dengan tanggungjawab yang telah diberikan kepada saya sebagai ahli jawatankuasa logistik, berkongsi pengalaman dan deraf perancangan logistik seminar bersama jawatankuasa yang lain serta mendapatkan idea-idea yang baru dan hebat dari rakan jawatankuasa yang lain.

Pertamanya membina hubungan yang baik dengan jawatankuasa yang lain bagi membina kepercayaan dan meletakkan Pensyarah sebagai mentor kumpulan. Apabila telah wujud keselesaan dikalangan jawatankuasa, perbincangan berkaitan dengan mengorganisasi seminar dengan mudah dapat dilaksanakan dan menjadikan perbincangan tidak formal sebagai kaedah penyelesaian masalah bagi tidak memberi tekanan kepada jawatankuasa. Seterusnya meransang untuk menanam sikap sukarela dikalangan ahli jawatankuasa untuk saling melengkapi diantara satu sama lain. Kemahiran dan pengalaman pengurusan pentadbiran dan program akan dijadikan kekuatan kepada pembentukan kumpulan yang bergerak menyelesaikan masalah dan isu-isu yang timbul dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Membantu pengarah projek seminar dalam memberikan dan mengolah idea-idea yang dapat mempermudahkan urusan-urusan yang berkaitan serta mengurangkan jurang perbezaan dan menambah elemen persamaan di kalangan ahli jawatankuasa dengan menggunakan kelebihan gender suami isteri di dalam jawatankuasa seminar tersebut. Harapan agar tugasan kita semua dipermudahkan, segala proses berjalan dengan lancar dan apa yang lebih penting adalah dapat memberi manfaat dan menambah nilai kepada ramai orang lain.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s