Mee kicap asalnya adalah makanan bagi kaum cina. tetapi di Ipoh ianya telah menjadi popular di kalangan kaum-kaum lain. Resipi mee kicap juga telah diubah suai bagi menyesuaikan dengan masakan kaum melayu iaitu ditambah dengan kepedasan.
Agak menariknya ia agak susah untuk diperolehi di tempat-tempat lain selain di Ipoh yang mana susahnya itu adalah yang dimasak oleh melayu sendiri. keenakan mee kicap ini di ceriakan lagi dengan sup atau kari bebola ikan. Meenya tidak digoreng tetapi ala-ala sphageti, cuma kicapnya lebih..
Ada juga dikalangan pengunjung luar yang datang ke Ipoh pada mulanya terkejut apabila mendengarkan namanya sahaja dan terbayang di kepala mereka bahawa mee itu hanya digaul dengan kicap botol. Tetapi apabila sekali mereka merasa, ingatan untuk kembali merasai kali kedua mula terbayang apabila sekali lagi berkunjung ke Ipoh. Ada yang sehingga ketagih.
Di Ipoh warung yang popular dengan mee kicap ada banyak termasuk Warong Mat Jasak di sebelah UTC dan warung kak kiah berdekatan kilang casem di Taman Meru.