Nasi Ulam Opah

nasi-ulam
Dahulu setiap kali kedatangan Ramadhan, bebuka pasti dijamu oleh Opah di kampung dengan nasi ulam.  Sekarang resepi itu telah diperturunkan kepada Mak.  Adik-beradik yang lain pasti akan terliur pabila mendengar Mak menyediakan juadah nasi ulam.  Alhamdulillah semoga Mak dan Abah sentiasa dikurniakan kesihatan.  Semoga Arwah Opah dan semua muslimin dan muslimat yang telah bertemuNya menerima RahmatNya dan ditempakan di kalangan orang-orang yang soleh.
Resepi di bawah bukan resepi daripada mak atau opah tetapi dipetik dari blog aunidenovella.
RESEPI NASI ULAM
Bahan-bahannya :
3-4 pot beras – masak & sejukkan (masak jadi nasi ye bukan bubur)
1 ketul ikan tenggiri masin – digoreng & ditumbuk separa hancur
2 labu bawang merah – hiris nipis
1 batang bunga kantan – hiris nipis
2 batang serai – hiris nipis (putih saja)
1½ camca lada hitam – ikut sesedap rasa (beta suka lebih)
2 camca kerisik
Garam secukup rasa
Ulam-ulaman :
Ulam raja
Pucuk mengkudu
Pucuk ubi
Pucuk gajus
Pucuk jambu
Pucuk mangga
Pucuk pegaga
Daun kaduk
Daun kunyit
Daun kesum
Daun selom
Daun limau purut
Daun lemuni
dan segala pucuk yang boleh
Cara-caranya :
Nasi disejukkan. Selepas itu lada hitam tadi dikisar kering. Taburkan segala ikan masin, lada hitam, ulam, bawang, serai & bunga kantan. Seterusnya perasakan dengan garam. Nasi ulam ni boleh tahan hampir seminggu kalau letak dalam peti ais
#NakBelajarNasiUlamMak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s