Hari ini kita berbangga dengan pencapaian perkembangan sistem maklumat yang digunakan secara meluas di semua Kementerian di Malaysia. Ini turut melibatkan semua bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia yang melibatkan maklumat berkaitan murid, guru, pegawai-pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Melalui Pemprosesan data yang menghasilkan maklumat pendidikan memberikan impak yang sangat besar dalam membantu dalam pembuatan keputusan (Sakinah & Mohd Nihra 2013), menganalisis kekuatan dan kelemahan sesuatu dasar yang sedang dilaksanakan serta memperolehi pelunjuran bagi dasar-dasar baru yang hendak dilaksanakan.
Ianya selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2103-2015) yang memfokuskan kepada 5 aspirasi sistem,6 ciri aspirasi murid dan 11 anjakan yang dibentangkan di dalam pelan tersebut (KPM 2013). Apa yang diperlihatkan sekarang, menunjukkan bahawa SMP telah menjadi alat ukur utama perlaksanaan PPPM di peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM. Memudahkan pihak atasan KPM memantau, mengawal dan memperbaiki proses perlaksanaan pelan tersebut agar ia tidak tersasar dari landasan yang telah ditetapkan KPM (2013).
Warga pendidikan telah maklum tentang Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yang sedang digunakan oleh KPM yang mana maklumat-maklumat yang diproses berdasarkan kepada input data yang diproses melalui peringkat Sekolah, PPD, JPN dan seterusnya kepada KPM di bentangkan dalam bentuk laporan kepada Pengurusan Tertinggi Malaysia dan laporan tersebut dijadikan sebagai asas kepada sebarang keputusan yang melibatkan dasar-dasar pendidikan Negara (KPM 2013).
Amat malanglah sekiranya maklumat-maklumat tersebut yang diperolehi daripada data-data yang diragui kesahihanya dan tidak tepat dijadikan sebagai asas keputusan dan ianya amat perlu kepada data-data dan maklumat ini diuruskan dengan baik dan bijaksana.