Amalan terbaik di sekolah dapat dikenal pasti melalui pencapaian sekolah itu sendiri. Ianya dilihat pada beberapa pencapaian iaitu akademik, kokurikulum dan sumbangan sekolah tersebut kepada sekolah-sekolah berdekatannya. Amalan terbaik bagi sesuatu sekolah telah dilaksanakan oleh Kementerian, iaitu mewujudkan sekolah kluster kecemerlangan (SKK) dan Sekolah Berprestasi tinggi (SBT). SKK dan SBT merupakan sekolah-sekolah yang telah ditawarkan oleh Kementerian berdasarkan kepada prestasi sekolah yang telah memenuhi kriteria-kriteria tertentu yang telah di tetapkan. Peranan kedua-dua sekoah ini adalah sebagai penanda aras bagi sekolah-sekolah lain disekelilingnya disamping melibatkan aktiviti-aktiviti sekolah bersama.
SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan masyarakat.
Penghargaan dan pengiktirafan SBT kepada sekolah menjadikan sekolah-sekolah baersaing antara satu sama lain dalam mempamerkan pencapaian prestasi sekolah bukan sahaja dari segi akademik, tetapi mencakupi ke satu aspek yang lebih luas.Ianya dapat meningkatkan kualiti pencapaian sekolah melalui peningkatan tahap autonomi untuk membolehkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pendidikan (contoh: pengurusan organisasi, pengurusan instruksional, pengurusan kurikulum, pengurusan kewangan dan pengurusan sumber manusia).
Selain itu SBT juga menghasilkan murid cemerlang yang berkaliber antarabangsa supaya dapat melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan terbaik di dunia dan seterusnya menjadi personaliti unggul dalam semua bidang yang diceburi. Merapatkan Jurang Antara Sekolah-sekolah Dalam Sistem untuk menjadi inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan ke tahap yang lebih tinggi melalui penandaarasan, bimbingan dan jaringan dengan SBT.
Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) pula ialah sekolah yang cemerlang dalam kelompoknya yang dapat melahirkan murid yang holistik dalam aspek akademik, kokurikulum, sahsiah serta penampilan diri. Sekolah ini juga mempunyai kebitaraan yang mengambarkan watak sekolah. Sekolah Kluster Kecemerlangan diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia di samping membangunkan sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kelompok yang sama dan sekolah lain di luar kelompok dan seterusnya menjadi showcase di peringkat antarabangsa.
Sekolah yang terpilih sebagai SKK perlu dipimpin dan ditadbir oleh pengetua/guru besar cemerlang dalam peranan dan tanggungjawab yang dapat melonjakkan kecemerlangan sekolah mereka. Antara peranan dan tanggungjawab tersebut ialah menyediakan Request for Proposal (RFP).
Setiap SKK diberi Peruntukan Khas Sekolah Kluster untuk membangun dan melonjakkan kebitaraan sekolah hingga berjaya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. SKK boleh membelanjakan peruntukan tersebut mengikut empat komponen yang terdapat dalam RFP iaitu, i) aktiviti an kejurulatihan, ii) harta modal ICT dan bukan ICT, iii) pengantarabangsaan, dan penyelenggaraan. SKK perlu mempunyai satu bidang kebitaraan akademik dan satu kebitaraan kokurikulum untuk dibangunkan yang menjadi watak sekolah, dan seterusnya melonjakkan kebitaraan tersebut sehingga mencapai peringkat antarabangsa.
SKK akan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah dalam kelompoknya dan perlu menyediakan dan melaksanakan piawaian serta penandaarasan berdasarkan KPI. Tindakan yang boleh diambil untuk mengekalkan kecemerlangan sekolah adalah dengan mengenal pasti dan melaksanakan amalan terbaik, menjalankan kajian impak dan mempromosi kejayaan kepada sekolah lain.
Sokongan boleh dilasksanakan dengan penglibatan daripada guru-guru cemerlang, SISC+ dan SIP+ di dalam sesuatu daerah. Mereka ini membina satu kumpulan kerja yang mengenal pasti, merancang, melaksana dan menilai program-program secara berkala yang boleh memberi impak kepada sekolah-sekolah tersebut. Guru-guru cemerlang yang pakar dalam matapelajaran tertentu boleh membantu dari segi kandungan, manakalan SISC+ yang berperanan sebagai mentor guru yang menjadi rujukan guru-guru di dalam mereka bentuk pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta menyediakan bahan-bahan PdP guru terkini daripada sumber Kementerian dan sebagainya. SIP+ pula berperanan sebagai mentor kepada pentadbir dalam melaksanakan trnaformasi kepimpinan di peringkat sekolah. Mereka menjadi rujukan pentadbir seperti Guru besar, Pengetua dalam banyak perkara supaya pentadbir berupaya mencorak dan memacu sekolah ke landasan yang betul disamping menitik beratkan kebajikan guru, kakitangan dan pelajarnya. Gabungan daripada kumpulan kerja ini akan menjadi tapak yang kuat dalam menyeimbangkan pencapaian prestasi sekolah-sekolah yang beprestasi rendah, sederhana dan tinggi.
Pentadbir adalah pemacu bagi keberkesanan bagi sesebuah sekolah. Program yang sedia ada seperti program tawaran baru yang dilaksanakan oleh Kementerian di bawah Inisiatif NKRA memberikan ganjaran kepada pengetua atau guru besar yang melepasi syarat-syarat yang ditetapkan serta diverifikasi oleh JNJK. Pengetua atau Guru besar yang tidak melaepasi kriteria-kriteria tersebut dikehendaki mengikuti Program Pembangunan Prestasi yang releven dengan keperluan masing-masing yang akan dikendalikan oleh pihak Institut Aminuddin Baki.
Selain daripada itu perlaksanaan dialog prestasi bermula apda tahun 2013 di dalam program tranformasi Daerah (Disrtrict Tranfromation Programme-DTP) di dalam PPPM 2013-2025 dapat mengenal pasti sekolah-sekolah berprestasi rendah dan membantu sekolah yang berpresatsi tinggi serta sederhana, sekaligus mengenal pasti punca-puncanya. Dialog ini di adakan secara berperingkat iaitu dialog prestasi daerah, dialog prestasi Negeri dan dialog prestasi di peringkat kementerian. Dialog prestasi ini juga menjadikan semua peringkat dari sekolah sehingga Kementerian perlu memberikan justifikasi-justifikasi khusus terhadap enrolmen, keberadaan guru dan juga akademik serta urusan pentadbiran sesuatu sekolah.
Jurang pencapaian sekolah bandar dan luar bandar dapat dikurangkan dengan beberapa perkara. i) menambah baik frasarana dan kemudahan sekolah dan teknologi, ii) menambah sekolah-sekolah seperti Sekolah Model khas komprehensif (K9), iii) pembentukan dan pembangunan kurikulum kontekstual, iaitu Kurikulum Asli dan Penan (KAP) yang disesuaikan untuk murid Orang Asli dan Penan, dan iv) pelaksanaan Kelas Dewasa Asli dan Pribumi (KEDAP) dengan kerjasama organisasi lain
Salah satunya adalah International Baccalaureate (IB) Middle Years Programme (MYP) sebagai pendekatan alternatif kepada pembelajaran oleh Kementerian yang sentiasa meneroka pendekatan pedagogi terkini bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Sekolah dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan dengan memberi tumpuan kepada kepimpinan dan infrastruktur sekolah. Dapatan daripada kajian rintis ini akan digunakan dalam proses pembentukan dan pelaksanaan KSSM.
International Baccalaureatte (IB) ialah program yang mula dibangunkan di Geneva, Switzerland pada tahun 1968. Program IB dikendalikan oleh International Baccalaureatte Organisation (IBO). Misi IBO adalah untuk merangsang sikap ingin tahu, mengembangkan pengetahuan, memupuk sifat bertimbang rasa dalam membantu melahirkan dunia yang lebih aman dan bermakna melalui persefahaman antara budaya dan sifat saling hormat menghormati. Program ini menyediakan pembelajaran sepanjang hayat. Program IB juga menyediakan pelajar supaya dapat menghadapi cabaran abad ke 21 di mana pada abad ini pendidikan adalah amat mencabar dan mesti berupaya melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif, mampu menyelesaikan masalah, berfikiran kritikal, terbuka dan global.
Lima sekolah di negara ini mendapat pengiktirafan sebagai ‘International Baccalaureate World School (IB World School) – Middle Years Programme’ daripada International Baccalaureate, sebuah badan pengiktirafan pendidikan antarabangsa terkemuka di dunia. Sekolah berkenaan merangkumi empat sekolah harian iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tapang, Samarahan di Sarawak, SMK Sultanah Bahiyah, Alor Setar di Kedah, SMK Putrajaya Precint 9 (2) di Putrajaya, SMK Pantai, Labuan di Sabah serta sebuah sekolah berasrama penuh, Kolej Melayu Kuala Kangsar di Perak. Melalui program antarabangsa ini, pelajar dilatih menjadi lebih aktif, berperikemanusian, mempunyai kecenderungan untuk belajar sepanjang hayat.
Rujukan
Portal Kementerian Pendidikan Malaysia (2016). http://www.moe.gov.my/ [8 Disember 2016]
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 2012. Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Unit Perancang Ekonomi. (2016) Dokumen Rancangan Malaysia Kesebelas (Rmk11), 2016-2020
Petikan Akhbar: Utusan Online. 2016. https://www.utusan.com.my/berita/nasional/lima-sekolah-peroleh-pengiktirafan-antarabangsa-1.385005http://www.hmetro.com.my/ [8 Disember 2016]
Petikan Akhbar: Utusan Online. 2011. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm [8 Disember 2016]
mohon keizinan untuk dijadikan rujukan kajian.
LikeLike
In Shaa Allah sama sama kita kongsikan agar menjadi ilmu yang bermanfaat.
LikeLike
mohon izin tuan untuk dijadikan rujukan kajian
LikeLike
Dipersilakan.
LikeLike