Cara Pantas Hasilkan Gambar Seperti Pro Dengan hanya Guna Telefon Bimbit

Saya pernah menjadi jurugambar sambilan bagi program-program rasmi dan majlis-majlis tidak rasmi seperti majlis walimatulurus, bertunang dan sebagainya. Ke hulu ke hilir mengusung kamera SLR dengan lens panjang dan pendek.  Dengan beg, alatan dan kamera yang tersangkut di bahu serta gaya aksi-aksi lagak jurugambar profesional, beribu gambar di ambil bagi memastikan setiap aksi tidak terlepas.  Mana nak dapatkan semula jika aksi suatu peristiwa itu diulang semula.  Lagi jika aksi hari-hari bersejarah dan terpenting.

Bila selesai bergambar sesi memilih dan mengedit gambar.  Inilah sebenarnya yang memenatkan bagi seorang jurugambar.  Cuba bayangkan dari beribu-ribu gambar yang diambil mungkin hanya tidak sampai suku pun gambar yang hendak digunakan.  Dan jika gambar yang diambil tidak memenuhi kriteria seperti kelabu atau tidak sempurna akan menjadikan jurugambar terpaksa mengedit gambar yang mungkin akan mengambil masa yang lama.  Kebiasaannya saya menggunakan perisian Adobe Photoshop untuk mengedit gambar.

Namun sekarang banyak yang telah berubah.  Teknologi menjadikan semua orang boleh menghasilkan gambar seperti seorang profesional.  Apa tidaknya, dengan kemunculan gajet-gajet telefon pintar menjadikan pelbagai gaya, trend dan reka bentuk gambar dihasilkan dengan lebih kreatif.  Pengguna hanya perlu buka pilih gambar, edit dengan hanya memilih mode dan sharing.  Gambar majlis-majlis rasmi atau tidak rasmi boleh disiapkan tidak sampai 10 minit.  Memang teknologi yang pintar.

Di sini saya kongsikan 3 apps edit gambar yang mudah digunakan tetapi hasilnya menarik.  Terdapat pelbagai lagi apps yang menarik cuma jika anda sudi berkongsi dialu-alukan.

  1. Adobe Photoshop Express
    Photoshop
    Apps ini saya pilih sebab sebelum ini saya banyak gunakan perisian itu sendiri di komputer.  Mudah digunakan walau pun skrin telefon yang kecil.  Perlukan ID pendaftaran menggunakan Facebook, Google akaun atau Adobe ID.  Kebanyakan tool yang disediakan adalah asas seperti crop, straighten, rotate, red-eye correction dan kawalan brightness.  Selain itu pelbagai frame dan artistic effects yang membenarkan pengguna untuk membuat kawalan secara manual.  Namun sepanjang penggunaan saya secara percuma, tidak terjumpa tool untuk perkataan.  Anda boleh simpan atau kongsikan gambar anda ke media sosial lain.
  2. Meitu
    Meitu
    Pengalaman penggunaan apps Meitu memberi keseronokan jika anda adalah wanita muda remaja yang suka berswafoto.  Video editing Meitu iaitu MeiPai juga mendapat ranking tertinggi media sosial di China.  Jika anda ingin membina video untuk perniaagaan anda, MeiPai adalah antaran apps yang dicadangkan.  Apps Meitu menawarkan penggunaan tool airbrushing khas yang menjadi kegilaan terhadap Meitu sendiri.  Selain itu, terdapat banyak tool tool lain seperti sticker, visual makeup, filters, hand drawn, FX camera dan Collapse.  Anda boleh memasukkan effect khas, retouch muka agar nampak anda seperti seorang artis. Fx camera membenarkan anda mengambil gambar dengan fungsi filter bagi menjadikan gambar yang diambil seperti seorang jurugambar profesional.
  3. Google Snapseed
    Snapseed
    Apps yang ketiga iaitu Google Snapseed yang merupakan pilihan saya setakat ini. Apps ini membenarkan saya mengedit gambar seperti menggunakan komputer Destok atau laptop.  Penggunaan yang mudah tetapi hasilnya sangat mengagumkan.  Kenapa saya pilih Snapseed adalah kerana kebolehgunaan mengedit Depth of Field.  Bagi kebanyakan jurugambar yang biasa mengedit gambar pasti tahu dan ingin tahu.  Ideal untuk gambar distort, dan penggunaan curves serta brightness.  Boleh dikatakan kebanyakan fungsi tool  Photoshop ada di dalam apps Snapseed.  Dengan kata lain bagi yang suka kepada editing secara separa manual pasti akan suka menggunakan Snapseed berbanding pengguna yang menggunakan editing secara automatik.

Terpulang kepada citarasa anda kerana terdapat pelbagai lagi apps editing yang menarik dan boleh digunakan seperti VSCO dan PicsArt.  Jika ada jangan lupakan kongsikan dan jangan lupa kongsikan post ini agar anda juga mendapat ganjaran ilmu yang bermanfaat kepada ramai orang lain.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s