Kebolehgunaan dikaitkan sebagai sesuatu kualiti yang dinilai sebagai sesuatu yang mudah digunakan (Jackob Neilson, 2014) contohnya untuk menghasilkan reka bentuk produk yang memenuhi keperluan pengguna yang menggunakannya. Adakah sesuatu produk atau fungsi boleh digunakan dengan mudah. Apakah masalah yang dihadapi oleh pengguna terhadap sistem atau produk yang digunakan? Menurut Jakob Neilson terdapat lima komponen kualiti yang terlibat semasa proses mereka bentuk iaitu,
- kebolehpembelajaran iaitu pengguna mudah menggunakan ketika kali pertama,
- kecekapan iaitu pengguna mudah diekplorasi setelah menggunakan,
- kesedaran iaitu pengguna boleh guna semula dengan mudah apabila tidak menggunakan dalam tempoh waktu tertentu,
- ralat iaitu kekerapan pengguna menjumpai ralat, tahap ralat dan adakah mudah ralat tersebut diperbaiki, dan
- kepuasan menggunakannya.
Kunci utama bagi kebolehgunaan adalah utiliti yang merujuk kepada fungsi reka bentuk. Kebolehgunaan tercapai apabila fungsi reka bentuk dapat memenuhi keperluan pengguna. Sesuatu sistem contohnya, tidak baik jika boleh mencapai apa yang dikehendaki, tetapi mempunyai antara muka yang susah digunakan. Utiliti menekankan kepada adakah fungsi dan ciri-ciri bagi produk yang dibina telah dipenuhi, manakala kebolehgunaan pula menekankan kepada aspek betapa mudah dan senang fungsi dan ciri-ciri produk yang dibina boleh digunakan. Tahap kebergunaan bagi produk yang telah dibangunkan adalah bergantung kepada kebolehgunaan dan utiliti telah berjaya dipenuhi. Secara mudahnya digambarkan seperti Kebergunaan = Kebolehgunaan + Utiliti.
Kebolehgunaan bagi sesuatu produk adalah sangat penting, terutama bagi produk-produk yang bertujuan komersial. Jika produk susah digunakan, tidak memenuhi apa yang pengguna mahukan, bahas yang tidak tidak jelas, tiada tujuan, tidak sampai kepada kepuasan pengguna, memerlukan masa untuk memahami seperti memerlukan masa untuk merujuk manual panduan akan menyebabkan pengguna beralih kepada produk lain yang lebih berbaloi kepada mereka. Amalan terbaik yang dilakukan oleh kebanyakan syarikat pengeluar sekarang adalah memperuntukan 10% kepada faktor kebolehgunaan.
Kebolehgunaan bagi sesuatu produk boleh ditingkatkan dengan melaksanakan ujian kebolehgunaan. Tiga langkah asas boleh digunakan iaitu, i) menggunakan beberapa sampel yang mempunyai ciri yang sama seperti pengguna produk yang hendak dibina, ii) melengkapkan beberapa tugasan berkaitan kebolehgunaan kepada sampel, iii) melakukan pemerhatian terhadap apa yang dilakukan sampel serta merekodkan kekuatan dan kelemahan yang dikenal pasti. Menurut Rosseni Din (2017), bilangan sampel pengujian boleh melibatkan antara tiga hingga lima responden.
Penambahbaikan boleh dilakukan bagi setiap kali pengujian dilakukan terhadap setiap responden yang terlibat berbanding menggunakan pengujian saiz sampel yang besar. Ini bermaksud pengujian dalam sampel yang kecil tetapi lebih kerap adalah lebih baik berbanding melaksanakan pengujian sekali pada sampel yan besar. Fokus diutamakan pada peringkat ini. Terdapat beberapa kaedah yang dicadangkan untuk melaksanakan pengujian kebolehgunaan bagi menghasilkan produk baru atau produk sedia ada iaitu,
- Menggunakan produk sedia ada dengan mengenal pasti bahagian-bahagian yang perlu dikekalkan dan bahagian-bahagian yang perlu dibuat penambaikan.
- atau bagi produk tertentu yang boleh menguji produk berdasarkan fungsi-fungsi yang ada pada pesaing bagi mendapatkan idea baru.
- Membuat kajian lapangan terhadap tingkah laku mereka terhadap aktiviti yang berkaitan.
- Menguji beberapa kertas prototaip. Lagi cepat anda laburkan bagi setiap idea baru adalah lebih baik kerana anda perlu membuta penambahbaikan setiap kali menerima hasil pengujian.
- Kembangkan idea kertas prototaip berdasarkan ujian ketepatan dari low-fidelity kepada high-fidelity.
- Periksa reka bentuk produk tersebut berdasarkan rujukan panduan kebolehgunaan yang telah dibuktikan melalui kajian awal atau pembacaan kajian.
- Lakukan sekali lagi ujian kebolehgunaan bagi reka bentuk produk yang telah dibangunkan sebelum pelaksanaan reka bentuk akhir produk bagi mengenal pasti ralat yang akan wujud. Pada peringkat pelaksanaan kebiasaannya telah bebas dari ralat-ralat besar.
Satu-satunya cara untuk memperoleh hasil kualiti tinggi berteraskan pengalaman pengguna adalah dengan memulakan ujian awal kepada pengguna yang sama ciri semasa proses reka bentuk dan terus menguji bagi setiap langkah proses pembangunan.
Rujukan
Neilson J., 2012, Usability 101: Introduction to Usability, //www.nngroup.com/articles/usability-101-introduction-to-usability/, Achieve on 11 July 2018