Tahukah anda sebagai ibu bapa apakah cabaran yang perlu anak anda hadapi dalam abad ke 21 ini. Pertama, cuba anda bayangkan cabaran yang anda lalui sehingga anda ke tahap hari ini. Apakah persaingan yang anda telah hadapi dalam menempatkan diri anda dalam bidang kerjaya anda? Apakah kemahiran yang anda miliki bagi membezakan diri anda dengan pesaing lain? Kemahiran yang tidak anda miliki sewaktu di sekolah. Namun adakah situasi yang sama berlaku kepada anak anda pada hari ini. Perkembangan teknologi sekarang ini, menjadikan anak anda memerlukan kemahiran yang jauh berbeza berbanding kemahiran yang dimiliki oleh pesaing-pesaing mereka. Sama ada mereka ke hadapan atau mereka jauh ketinggalan ke belakang.
Anak anda memerlukan kemahiran abad ke 21 dalam menghadapi dunia pekerjaan mereka nanti. Dunia yang penuh dengan pancaroba dan dugaan. Dunia yang perlu dilalui oleh generasi anak anda. Revolusi perindustrian 4.0 yang mengunjurkan pengurangan tenaga kerja manusia, memberi impak yang sangat besar terhadap persaingan dunia pekerjaan nanti. Pekerjaan-pekerjaan yang boleh diuruskan mesin, menjadikan dunia pekerjaan sangat mencabar. Anda bayangkan anak anda dipaksa bersaing dengan mesin selain dari manusia. Terlalu sempit untuk membayangkan perkara tersebut apatah lagi dengan kita yang tidak pernah melaluinya.
Apakah kemahiran abad ke 21? Kemahiran abad ke 21 adalah kemahiran yang membangkitkan potensi unik diri mereka yang tidak diterokai oleh mereka sendiri, anda dan guru mereka. Kemahiran ini dapat membantu anak-anak anda untuk bergerak dengan lebih pantas ke arah pembelajaran dan kerjaya yang bersesuaian dengan minat dan potensi mereka. Percayalah, bahawa murid-murid yang awal didedahkandan mempraktrikkan kemahiran abad ke 21 ini akan dapat menonjolkan diri mereka dengan lebih cepat ke arah masa hadapan mereka. Keupayaan abiliti mereka dapat dikenal pasti dan seterusnya mengupayakan keupayaan tersebut menjadi ledakan kejayaan yang lebih besar.
Rujukan
Gambar dipetik dari http://www.cadenagramonte.cu/