KAEDAH PENYELIDIKAN I

Tugasan 1

Pengurusan Sistem Maklumat Pendidikan: Implikasi Pengautomasian ke Atas Pengajaran dan Kebolehgunaan

ZAWIYAH MOHAMMAD YUSOF DAN MARIAH LAMBAK

Kajian kepada penyelidikan masalah yang membelenggu guru yang menguruskan sistem maklumat pendidikan yang dibekalkan ke sekolah-sekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Skop kajian terdiri daripada 31 buah sekolah di Daerah Melaka Tengah yang melibatkan sekolah harian biasa, sekolah teknik dan sekolah agama. Penyelidikan menjurus kepada adakah guru yang mengurus sistem maklumat SMPP-KP terbeban dengan tambahan tugas mengurus sistem SMPP-KP terhadap kualiti pengajaran guru di dalam kelas. Selain daripada itu Penyelidik juga mengkaji tentang apakah implikasi kekangan masa dalam mengurus SMPP-KP terhadap integriti data yang melibatkan kesahihan dan ketepatan data yang akan digunakan diperingkat PPD, JPN dan KPM. Kaedah yang digunakan oleh penyelidik adalah kaedah soal selidik iaitu soal selidik terbuka dan soal selidik tertutup. Daripada analisis kajian, pengkaji hanya tertumpu kepada kaedah soal selidik yang tidak dapat memberikan gambaran sebenar pengukuran kepada ketepatan dan kesahihan data kerana penyelidik hanya menganalisis berdasarkan kepada kaedah borang soal selidik sahaja sedangkan data yang diuruskan oleh guru yang dikaji digunakan oleh pihak yang bukan terdiri dari guru dan pentadbir sekolah, tetapi di gunakan oleh PPD, JPN dan KPM. Selain daripada itu pemilihan sampel yang dipilih adalah terhad kepada jawapan soal selidik guru yang menguruskan sistem SMPP-KP sahaja, tetapi tidak melibatkan temubual dengan pentadbir atau pihak yang menganalisis prestasi pelajar bagi menunjukkan analisis impak ke atas kulaliti pengajaran guru.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s